Spekulasi mengenai video aksi intim 2 orang lelaki yang melibatkan menteri kanan semakin rancak apabila pemuda yang bernama Haziq Aziz membuat pengakuan terbuka bahawa dia merupakan salah satu individu yang terlibat dalam video tersebut.
Memandangkan ia semakin meleret, gerangan yang terpalit dengan kontroversi itu akhirnya tampil memberi respon. Menteri Hal Ehwal Kewangan & Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, menjelaskan bahawa fitnah ini adalah agenda kotor segelintir pihak yang ingin memusnahkan kerjayanya dalam bidang politik.
“Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat” – Azmin Ali
Dalam kenyataan rasminya hari ini menjelaskan bahawa, agenda tidak bermoral ini telah dirancang dari awal berdasarkan perkembangan politik semasa.
Beliau juga ada menegaskan bahawa perbuatan ini tidak sepatutnya ada dalam era Malaysia Baru. Tambah beliau, tindakan undang-undang yang sah akan dijalankan bagi mengesan dalang disebalik perbuatan keji ini.
Beliau juga akan berusaha keras untuk mendedahkan mereka yang terlibat melakukan aktiviti tersebut
Dalam pada itu Ketua Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Khoya ada memberikan kenyataan secara terbuka kepada mereka yang melibatkan dirinya dalam kes ini.
Bagaimanapun, Latheefa menjelaskan bahawa siasatan kes ini akan dikendalikan di bawah timbalannya.
Video lucah mirip Azmin Ali melakukan hubungan sejenis dalam sebuah bilik hotel yang menular dimedia sosial ini dikatakan berlaku pada minggu terakhir bulan Ramadhan di Sandakan, Sabah.