in

“Saya tiada masalah dengan Nabil” – Isu Sindir Di Program Siaran Langsung, Diva AA Maafkan Nabil

Ft Diva Aa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh netizen di sosial media mengenai pengacara Gegar Vaganza, Nabil dikatakan menyindir Diva AA ketika siaran langsung rancangan itu.


Menerusi video yang tular itu, Nabil mengaitkan perkataan selfie stick dalam kata-katanya yang berbunyi…

Not my level! Orang selalu pegang selfie stick tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah”.

Gara-gara kata-katanya netizen pantas mengaitkan kenyataan itu dengan Azwan Ali.

Capture 1 3 8

Namun, menurut Azwan Ali yang lebih dikenali sebagai Diva AA, dia tidak berkecil hati malah turut memaafkan perbuatan pengacara itu.

“Saya tak tengok pun video katanya dia sindir saya dalam program itu. Tetapi kalau betul dia sindir saya dalam program siaran langsung, saya maafkan dia.

“Kalau betul dia berkelakuan begitu dan mahu bersikap kurang ajar, terpulang kepada dia. Saya tiada masalah dengan Nabil. Dia tak sebut nama saya kan, jadi lantak dia,”

Titipkan nasihat

Bagaimanapun Diva AA yang lebih berpengalaman dalam industri hiburan sempat menitipkan nasihat buat semua artis dalam industri hiburan tanah air untuk sentiasa berhati-hati dalam berbicara lapor Kosmo!

“Saya tiada masa untuk berdendam dan ambil hati. Dunia hiburan kita terlalu kecil. Bagi saya, sindir-menyindir dalam program secara langsung tidak patut berlaku.

“Nasihat saya cuma satu , bukan sahaja kepada Nabil bahkan kepada pengacara lain, sila berhati-hati ketika program secara langsung sedang disiarkan.

“Saya takut sebab isu remeh seperti itu menjadi perdebatan besar dalam kalangan peminat sehingga boleh memusnahkan kerjaya seseorang artis dalam sekelip mata,”

Capture 8 6

Azwan Ali turut sempat mengingatkan peminat agar tidak memperbesarkan isu ini.

“Tidak usah besarkan isu-isu begini. Saya pun penat ingin melayan perkara ini. Kalau jumpa Nabil di luar pun, saya tetap akan senyum sahaja kepadanya.”

Harapnya selesai dengan baik la, industri hiburankan saling perlu diantara satu sama lain jadi ada baiknya kalau tidak ada yang salah faham antara satu sama lain…

Baca : Orang biasa pegang selfie stick tiba-tiba pegang mikrofon macam tu lah [Video] Netizen Kurang Senang Nabil Sindir Diva AA?

Capture 8 5

Sumber: Kosmo!
Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.