in

“Saya tak selesa ada duit banyak tu dalam akaun” – Najib Cakap Dia Tak Tahu Pun Dalam Akaun Dia Ada RM3.2bil…

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hari kedua perbicaraan Datuk Seri Najib untuk pertuduhan penyelewangan dana SRC International Sdn Bhd semalam, dia mengatakan yang dia hanya tahu tentang wang berjumlah 1.05bil USD (RM3.2bil) ada dalam akaun peribadinya bila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ambil kenyataannya.


Menurut The Star, wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank Najib dari penghantar asing.

“Saya hanya tahu tentang transaksi ini selepas statement saya diambil oleh SPRM dan selepas peguam saya dapat dokumen dari AmBank.”

2Bc59823 4694 495B Bcaa 5A05F8C41Dbb
Sumber: the star

Najib kemudiannya mengatakan yang dia ditunjukkan surat dari Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud dari Arab Saudi mengatakan wang tersebut diberikan untuk digunakan sesuka hatinya.

“Surat ini ditunjukkan kepada saya oleh bekas setiausaha peribadi Datuk Seri Azlin Alias dan mengatakan dia juga menerima surat yang sama dari Jho Low.

“Saya juga difahamkan yang surat tersebut turut diberikan pada AmBank dan dilaporkan kepada Bank Negara dan governor ketika itu, Tan Sri Zeti Abdul Aziz.”

Saya gunakan wang tersebut untuk tanggungjawab sosial korporat serta untuk pilihan raya umum bagi memastikan Barisan Nasional akan terus menjadi kerajaan.”

“Ia digunakan bagi memastikan kestabilan politik sesuai dengan apa yang Raja Abdullah mahukan.”

Http Prod Upp Image Read.ft
Sumber: financial times

Bagaimana pun, Najib turut berkata yang dia dah pun pulangkan lebih kurang 620mil USD (RM2.6bil) kepada salah seorang pembeli dan baki selebihnya dimasukkan ke dalam akaun baru yang dibuka pada Ogos 2013.

“Sehingga Julai 2013, saya diberitahu yang ada sejumlah duit ditinggalkan dalam akaun 694. Jumlah tersebut lagi banyak dari apa yang saya plan untuk guna.”

Saya tak selesa ada duit sebanyak tu dalam akaun saya dan saya risau kalau maklumat tentang wang ini tersebar, ia akan disalah ertikan.”

Perbicaraan akan bersambung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 9 Disember.

 

Baca: [TERKINI] Salahguna Kedudukan Untuk Jaminan Pinjaman RM4 Billion Dari KWAP, Najib Razak Diarah Bela Diri

Screenshot 2019 12 05 At 4.21.14 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.