in

[TERKINI] Salahguna Kedudukan Untuk Jaminan Pinjaman RM4 Billion Dari KWAP, Najib Razak Diarah Bela Diri

Najib Razakkkk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, debaran dalam mengetahui sama ada Datuk Seri Najib Razak akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd akhirnya terjawab.


Menerusi perkongsian Twitter wartawan Channel News Asia, Melissa Goh, bagi pertuduhan pertama, tertuduh Datuk Seri Najib Razak telah menyalahgunakan kedudukannya untuk jaminan pinjaman RM4 billion dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). 

Dengan itu, bekas PM tersebut diarah supaya membela diri bagi tuduhan terbabit. 

Tambah Melissa lagi, Datuk Seri Najib mempunyai 3 pilihan untuk bela dirinya dalam kes SRC ini. Menurut peguamnya,

  1. Najib boleh beri keterangan bersumpah dan disoal balas oleh Pendakwaan. 
  2. Beri keterangan tidak bersumpah dan tidak disoal balas oleh Pendakwaan. Nilai keterangan ini tidak sekuat nilai pilihan 1. 
  3. Berdiam diri. 
180704104435 01 Najib Charges Exlarge 169
sumber: cnn

Menurut laporan terkini Bernama, Mahkamah Tinggi hari ini telah memerintahkan Datuk Seri Najib membela diri terhadap kesemua 7 pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

Nantikan update terbaru dari kami di Lobak Merah. 

Baca: 10 Tahun Lalu Najib Razak Angkat Sumpah Jadi PM, Kini Pada Tarikh Sama Bakal Hadapi Tuduhan Kes Pada 3 April 2019

Naj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.