in

Satu Keluarga Boleh Rapatkan Saf Jika Berjemaah Dalam Masjid Di Perlis Mulai Esok

Jemaah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jemaah di Perlis boleh merapatkan saf ketika solat di masjid mulai esok, kebenaran itu diberikan kepada jemaah yang tinggal sebumbung seperti keluarga untuk rapat sesama mereka.


Namun begitu, jemaah lain masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, lapor Astro Awani.

Menurut titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, kelonggaran tersebut diperkenan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat kepada keperluan sedia ada dan tahap ketaatan serta kepatuhan tinggi seluruh rakyat terhadap SOP ditetapkan kerajaan.

“Jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung boleh merapatkan saf sesama mereka, dengan memastikan selain daripada mereka, perlu mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter seperti ditetapkan dalam SOP,” titah baginda dalam kenyataan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs juga bertitah bahawa  kebenaran tersebut boleh digunakan untuk semua aktiviti pengimarahan sama ada Solat Jumaat, solat berjemaah 5 waktu termasuk solat Tarawikh, kuliah pengajian di semua masjid dan surau asrama sahaja

Manakala pelaksanaan sebarang aktiviti di surau seluruh negeri Perlis masih tidak dibenarkan. Oleh itu, baginda turut  mengingatkan seluruh rakyat Perlis agar sentiasa mengutamakan integriti dan kejujuran dalam menjamin kelancaran pelaksanaan ketetapan yang dibenarkan.

 

Baca : “Jika pun ada bahan asal yang haram…” – Deep! Mufti Perlis Perjelas Kenapa Vaksin Covid-19 Tak Perlu Diragukan

Vaksin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.