in

“Macam wrestling dah” – [VIDEO] Perlawanan Bola Sepak Separuh Akhir SUKMA Bertukar Tegang Sebab Pengadil?

Bola Sepak Sukma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan Malaysia atau SUKMA merupakan acara sukan di antara negeri-negeri di Malaysia, ia diadakan setiap dua tahun sekali dan tahun ini Kuala Lumpur menjadi tuan rumah bagi acara sukan berprestij tersebut.



Sebagai info, acara sukan ini telah diadakan sejak tahun 1986 dan ia melibatkan atlet muda dari 13 negeri di Malaysia termasuklah wilayah.

Bola sepak juga merupakan salah satu acara yang dipertandingkan bagi SUKMA dan semalam, tular sebuah video perlawanan separuh akhir bola sepak di antara Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

Video itu memaparkan suasana perlawanan yang diadakan di Stadium UITM, Shah Alam bertukar genting apabila kelihatan beberapa pemain bergaduh sebelum seorang individu daripada skuad tersebut bertindak mengejar pengadil itu.

Malah, individu yang mengejar pengadil itu tadi dilihat dibawa keluar daripada padang dan digari oleh pihak berkuasa di situ, kelihatan juga beberapa penonton berang dan bertindak membaling botol ke arah pengadil.

“Mana sportsmanship” ? 

Video tersebut menarik perhatian ramai netizen, walaupun punca pergaduhan itu masih tidak diketahui tetapi ramai yang mengkritik dan memberikan kecaman kepada kedua-dua pasukan tersebut.

Skma

Tak mahulah gaduh-gaduh, tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi ok?

Baca: “Top 10!” –  Kontinjen Malaysia Di Sukan Komanwel Lepasi Sasaran, Bawa Pulang 7 Pingat Emas!

Komanwel 2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.