“Saya sudah banyak kali kena raba…kadang-kadang benda sulit kita pun diraba” – Bung Mokhtar

Jadikan sumber pilihan di Google
“Saya sudah banyak kali kena raba…kadang-kadang benda sulit kita pun diraba” – Bung Mokhtar

Pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang merupakan satu kewajipan kepada penumpang sebelum menaiki pesawat. Pemeriksaan dilakukan bagi mengenal pasti barang-barang terlarang dan berbahaya seperti senjata api dan alatan tajam. Namun, ada individu tidak berpuas hati dengan mesin pengimbas di lapangan terbang Malaysia yang dikatakan terlalu sensitif.

Menurut Berita Harian, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar tidak puas hati kerana sering ‘diraba’ oleh pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan pengimbas lapangan terbang. Bung mencetuskan suasana gamat apabila membuat kenyataan bahawa ‘benda sulitnya’ juga pernah diraba sewaktu prosedur imbasan badan tersebut!


Bung4
Gambar hiasan

“Saya sudah banyak kali kena raba, saya betul sakit hati kena raba, kadang-kadang benda sulit kita pun diraba, saya kata jangan raba… saya tidak tahu bila kita boleh berhenti raba-raba, mana boleh raba sana, raba sini, bahaya.”

Bung yang mengatakan bahawa pengimbas di negara kita terlalu sensitif, bengang kerana mesin tersebut bukan sahaja mengimbas alatan berbahaya tetapi turut mengimbas apa sahaja yang diperbuat daripada besi.

Bung2 1
Gambar hiasan

“Zip seluar lalu pun berbunyi, butang besi lalu pun berbunyi, sedangkan yang kita cari adalah benda yang benar-benar tajam dan tidak diingini. Asal ada besi, dia bunyi, lepas bunyi kena rabalah.”   

Bung turut membuat perbandingan pengimbas di lapangan terbang Malaysia dengan mesin pengimbas di Eropah dan Singapura yang hanya sensitif kepada benda yang tidak diingini

“Mereka (pihak keselamatan lapangan terbang) kata mesin pengimbas di tempat kita paling murah dalam dunia sedangkan lapangan terbang kita harga berbillion ringgit.”

Bungie
Sumber: The Star

Ini bukanlah kali pertama Bung membangkitkan hal ini di Dewan Rakyat kerana dia pernah mengetengahkan hal yang sama di persidangan terdahulu, namun tidak mendapat maklum balas.

Kalau betullah pengimbas di lapangan terbang kita yang paling murah dan kurang kualiti, semoga pihak berwajib dapat menaik taraf dan menyediakan kelengkapan yang sewajarnya supaya dapat memudahkan prosedur imbasan di lapangan terbang.  

Baca: Remaja Lelaki Berusia 19 Tahun Menyamar Sebagai Juruterbang Dan Cuba Raba Payudara Gadis

Bokfllf

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Saya sudah banyak kali kena raba…kadang-kadang benda sulit kita pun diraba” – Bung Mokhtar
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/saya-sudah-banyak-kali-kena-raba-kadang-kadang-benda-sulit-kita-pun-diraba-bung-mokhtar/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen