in

“Saya setuju” – Dr Amalina Sokong Cadangan Penasihat PM Untuk ‘Ban’ Semua Iklan Produk Putihkan Kulit

Collage 25

Sejak dari dulu lagi kita sering dengar kulit cerah lebih cantik dari kulit gelap. Kerana itu, banyak produk-produk kecantikan akan jual produk untuk memutihkan kulit hinggakan ramai yang menganggap orang kulit gelap kurang menarik.

Kerana ini, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood telah mencadangkan di Twitter agar semua produk putihkan kulit tidak diiklankan lagi.

Saya cadangkan semua iklan produk untuk putihkan kulit di’ban’. Kita perlu bergerak ke hadapan dan tak melihat putih sebagai tanda keagungan atau kecantikan. I’m proudly brown.”

Cadangannya ini telah disokong sepenuhnya oleh Dr Amalina dan beberapa netizen lain. Namun, ada juga netizen lain yang membangkang kerana merasakan apa yang perlu diubah adalah pemikiran dan stereotaip manusia.

Screenshot 2020 07 16 At 4.25.17 Pm

Pun begitu, Dr Jemilah mengatakan iklan-iklan produk pemutihan ini boleh merosakkan jiwa dan kerana untuk putihkan kulit, orang sanggup simpan duit untuk beli produk yang mahal.

 

Baca: “All the best Doktor” – Respect! Dr Amalina Terlibat Dalam Team Uji Vaksin Covid-19 Di UK

Screenshot 2020 07 16 At 4.35.47 Pm