in

“Saya sedih dituduh, lagi-lagi koleksi ni dibuat untuk tolong anak yatim” – Vivy Yusof Nafi Tiru Idea Orang

Screenshot 2020 04 29 At 1.35.31 Pm Side

Selalunya, bila Vivy Yusof dituduh tiru idea atau design orang lain, dia memilih untuk mendiamkan diri tapi kali ini, Vivy membuat keputusan untuk bersuara sekaligus menepis dakwaan yang dia dan team cuba tiru orang lain.

Tak lama selepas Nia memuat naik beberapa story di Instagram menunjukkan rekaan terbaru dUck yang sangat sama dengan design yang dikeluarkan dua tahun lalu, Vivy turut memuat naik IG story menjelaskan tentang isu ini.

Screenshot 2020 04 28 At 11.42.05 Pm

dUck dituduh curi design orang lain. Lagi.

dUck tak tiru seperti tuduhan sebelum ini termasuklah The Artsy dUck dikeluarkan malam ni. Cetakan ni adalah cetakan yang kami buat dan korang boleh nampak dekat Threesome Pen stationery set. Saya juga sertakan beberapa screenshots email dan gambar dari JUNE 2018. Pihak satu lagi lancarkan design mereka pada DECEMBER 2018. Tak mungkin kami tiru design dia atau sesiapa.

Untuk kempen dia pulak, memandangkan koleksi ni dipanggil The Artsy dUck, kami rasa sesuai untuk buat tema dalam studio. Ramai yang buat konsep ni tapi bila dUck buat, ajak boikot dUck.

Screenshot 2020 04 29 At 1.35.31 Pm

Saya harap benda ni dapat jelaskan keadaan. Designer saya kerja keras dan tak minta kredit pun, jadi setiap kali kami dituduh, dorang kecewa, saya pun kecewa lebih-lebih lagi bila koleksi ini dibuat untuk bantu anak yatim yang memerlukan. Macam mana orang boleh sebarkan kebencian tentang benda ni? Saya tak faham. Daripada tuduh orang dengan tuduhan palsu, baik tolong satu sama lain untuk buat benda baik.

Screenshot 2020 04 28 At 11.42.24 Pm

Selepas penjelasan Vivy ni, Nia tak diamkan diri.

Screenshot 2020 04 29 At 1.38.28 Pm

Screenshot 2020 04 29 At 1.23.04 Pm Side

“Mungkin awak perlukan team kreatif baru sebab dia asyik malukan awak je. Kalau dah berkali-kali dituduh, tak terfikir ke apa masalah dengan team awak? Tak buat research dulu?”

“Saya tak suruh orang boikot, saya faham yang awak buat benda baik. Saya cuma nak cakap yang ini BUKAN pertama kali benda ni jadi dan awak bukan tiru konsep je tapi PATTERN.”

Screenshot 2020 04 29 At 1.23.58 Pm Side

“Awak dan team awak kecewa. Saya pulak macam mana? Kami tahu kami tak boleh menang lawan dengan awak sebab kami ni kecil tapi awak boleh je menangkan hati rakyat dengan derma dan kebajikan. Orang akan sentiasa idolakan awak. Akhir sekali awak akan sentiasa hidup bahagia.”

“Kalau awak rasa hidup ni tak adil, cuba bayangkan hidup ditempat kami.”

 

Baca: “Lepastu nanti buat mcm dia mangsa keadaan” – Vivy Dikecam Lagi Lepas Keluaran Baru dUck Sekali Lagi Dituduh Tiru Idea Orang

Screenshot 2020 04 29 At 11.29.02 Am Side 1