“Kena ‘reject’ depan kamera…” – Vlogger India Kecewa ‘Travel’ Jauh-jauh Tapi Lamaran Ditolak Gadis Indonesia

Tambah ke Sumber Pilihan
vlogger india

Seorang vlogger dari India sanggup merantau jauh ke Banten, Indonesia, bagi melamar seorang gadis dari suku Baduy yang dikenali sebagai Rumsyah.

Namun, usaha romantiknya berakhir dengan kekecewaan apabila lamarannya ditolak di hadapan kamera.


Memetik laporan Harian Metro, Rumsyah yang juga pencipta kandungan popular di media sosial pada awalnya kelihatan bingung dengan pertanyaan vlogger berkenaan.

Selepas dibantu aplikasi terjemahan, beliau akhirnya memahami situasi sebenar sebelum memberikan jawapan penolakan.

Difahamkan, vlogger itu sudah beberapa bulan berinteraksi dengan Rumsyah secara dalam talian sebelum berkunjung ke Banten.

Namun, faktor adat dan budaya menyebabkan lamaran itu tidak diterima.

Vlogger India

Artikel penuh: YouTuber Dedah Sebab Apa Ramai Travel Vlogger Suka Buat Konten Tentang Malaysia

Artikel penuh: Bengang Lamaran Cinta Ditolak, Pengawal Keselamatan Wanita Diserang & Diugut B*nuh

Menurut penjelasan Rumsyah, wanita Baduy kebiasaannya hanya memilih pasangan daripada kalangan suku mereka sendiri.

Tradisi ini menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Baduy yang terkenal dengan pegangan budaya yang kuat.

Klip berdurasi 21 saat yang memaparkan detik lamaran tersebut tular di media sosial dan mencetuskan perbincangan mengenai adat perkahwinan masyarakat Baduy.

Walaupun gagal, ramai netizen tetap mengagumi keberanian vlogger India itu menempuh perjalanan jauh demi cintanya.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kena ‘reject’ depan kamera…” – Vlogger India Kecewa ‘Travel’ Jauh-jauh Tapi Lamaran Ditolak Gadis Indonesia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/vlogger-india-kecewa-lamaran-ditolak-gadis-indonesia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM