in

“Luar setinggan, dalam kondo”- Ramai Kagum Lihat Transformasi Dekorasi Dalaman Rumah Papan Wanita Ini

F1 Lsdk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memiliki rumah yang cantik dan mewah sudah sememangnya menjadi impian setiap orang. Namun, untuk membeli sebuah rumah sudah tentu memakan masa yang agak lama untuk sesetengah orang sebab perlu kumpul wang terlebih dahulu.

Namun, seorang wanita di TikTok ini pula telah menghias dekorasi dalaman rumah papannya dengan konsep moden sehingga ramai warganet tak percaya bahawa bahagian luar dan dalam rumah tersebut adalah rumah yang sama.


2 3

Baru-baru ini, video dekorasi dalaman rumah berkenaan telah dikongsikan di akaun TikTok mbakpieee sehingga video berkenaan telah ditonton sebanyak 41.9 juta kali di platform itu.

@mbakpieee

Membalas @jaccccccc

♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Dapat dilihat bahawa bahagian dalam rumah tersebut tidak mempunyai begitu banyak perabot, namun setiap perabot yang ada disusun dengan kemas agar tidak nampak terlalu kosong atau serabut.

3

Dekorasi dalaman rumah itu dihias menggunakan konsep moden dengan siling berkonsep mewah.

Rata-rata warganet kagum dan memuji dekorasi dalaman rumah wanita itu kerana dia tidak menjadikan rumah papannya satu halangan untuk menghias rumah dengan konsep idaman.

Untuk yang nak deko rumah, tak perlu ada bajet yang terlalu tinggi pun sebab korang boleh rujuk di internet terutamanya di Pinterest. Barang-barang deko pulak boleh beli di kedai murah-murah macam MR.DIY, kedai Eco dan Kaison.

Selamat mencuba! 

Sumber: TikTok @mbakpieee

Baca: Lelaki Ini Ambil Masa 2 Tahun Untuk Renovate Menara Tangki Air Jadi Rumah Mewah 4 Bilik

1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.