in

“Saya nak tunjukkan mereka yang saya nak buat kelainan” – Peserta Hero Remaja Tunjuk Bakat Tarian Ular Masa Audition

Naagin7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dua tahun, kini pencarian Hero Remaja kembali lagi, minggu lepas 21 dan 22 Disember merupakan minggu pertama ujibakat dilancarkan.


Program yang telah melahirkan bintang-bintang ternama seperti Azhar Sulaiman, Badrul Muhayat, Esma Daniel, Norman Hakim, Eizlan Yusof, Kamal Adli, Fizo Omar dan Fattah Amin ini sudah semestinya menjadi idaman para jejaka muda untuk mula mengukir nama di persada seni.

 

Tarian ular

Antara perkara yang menjadi tumpuan netizen adalah apabila adik kepada salah seorang bintang Hero Remaja, Shafiq Kyle turut sertai ujibakat tersebut untuk mengikut jejak langkah abangnya itu.

Selain itu, ramai netizen yang  terhibur melihat gelagat salah seorang peserta ini menunjukkan bakat terpendamnya melakukan tarian ular.

Menurut sumber, peserta yang berasal dari Kelantan ini dikenali sebagai Mohamed Imran Che Ibrahim.

 

Ramai netizen yang terhibur melihat gelagat Imran melakukan aksi luar biasanya itu.  Ada juga yang ‘terpesona’ bila melihat aksi jejaka ini menunjukkan bakat terpendamnya.

 

Mesti suka tengok cite Naagin ni – Netizen

Naagin Naagin2 Naagin3 Naagin4 Naagin5

Sangkaan netizen itu ternyata benar apabila dia menonton drama Bollywood, drama Naagin yang berkisar tentang perjalanan hidup seorang puteri ular itu merupakan rujukan utamanya untuk melakukan seni tarian dari drama itu.

 

Al-kisahnya keluarga saya memang minat menonton drama Naagin dan satu hari tu, saya terlihat mereka semua terlalu khusyuk menonton. Dari situ, saya tertanya-tanya apa yang menarik tentang drama tersebut, dan kemudian saya pun tergerak hati untuk belajar menari ular. Nak tunjukkan kepada mereka yang saya boleh melakukan kelainan”

Naagin6
Sumber : erin sakura

Biarpun bermacam-macam reaksi diberikan oleh warganet, remaja berusia 18 tahun ini kekal optimis dan menjadikan segala kata netizen itu sebagai pemangkin semangat buat dirinya.

 

Baca : “Sumpah aku macam wtf do” – Bengang Dibandingkan Abang, Perkongsian Mengadu Adik Syafiq Kyle Ini Dikecam Sebab Tak Lepas Audition Hero Remaja

Hero

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.