in

“Sumpah aku macam wtf do” – Bengang Dibandingkan Abang, Perkongsian Mengadu Adik Syafiq Kyle Ini Dikecam Sebab Tak Lepas Audition Hero Remaja

Syazwan4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagaimana yang kita tahu Syafiq Kyle mula mengukir namanya sejak dia mula menyertai program Hero Remaja 2011/12.


Sejak dari itu dia mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan sehinggalah membintangi drama bersiri Nur, dimana namanya makin melonjak naik dalam industri hiburan.

Selepas beberapa tahun berlalu, giliran adiknya Syazwan Razak pula untuk cuba mengikuti jejak langkah abangnya dengan menyertai sesi ujibakat Hero Remaja 2020. Namun begitu, nasib tak menyebelahinya apabila dia gagal dalam ujibakat tersebut.

 

Gagal ujibakat sebab ada ‘bayang-bayang’ Syafiq Kyle

Syazwan5
Sumber : instagram

Kegagalan Syazwan untuk mara ke peringkat selanjutnya menjadi bahan tohmahan netizen apabila dia bertindak untuk kongsikan mesej tersebut di instastory dia sendiri. Walaubagaimanapun, Media Hiburan sempat screenshot mesej tersebut.

Dalam mesej tersebut Syazwan menzahirkan rasa terkilan dengan pihak juri kerana dia kerap dibandingkan dengan abangnya. Syazwan bengang apabila dia dilabel bawa bayang-bayang abangnya ke ujibakat tersebut.

Disebabkan bayangan ‘Syafiq Kyle’ itu jadi penyebab utama dia tidak dipilih, Syazwan mesej abangnya itu untuk ceritakan hal ini sebelum dikongsikan di instastory. Ini respon Syafiq Kyle.

 

Ini baru sikit kekejaman kau terima” – Syafiq Kyle

Syazwan
Sumber : instagram
Syazwan2
Sumber : instagram

Disebabkan itu, satu akaun instagram yang khusus untuk trivia artis-artis Malaysia sepitsiput mengecam tindakan Syazwan..

Baginya cara dia itu telah menjatuhkan reputasi abangnya yang telah berjaya kerana ada perkara-perkara sensitif yang tak patut didedahkan.

Malah dia juga dilabel sebagai individu yang mempunyai masalah sikap.

 

Adik Syafik Kyle ni meols nak nasihatkan perbetulkan attitude dahulu. Selarikan kata2 dgn tindakan” 

View this post on Instagram

Salah satu tips ya buat adik2 (bukan hadek-hadek ya) yg berminat nak sertai #HeroRemaja2020 , pastikan diri anda bersedia emosi dan fizikal. Jika mudah rasa tersinggung sebab tak layak… well, pertandingan ni dah jauh perjalanannya. Dari zaman @esmadaniel (HR1990) semua dah tau ia platform yg jadi rebutan remaja2 yg berminat utk bekerja di bidang media dan hiburan. Kredibiliti penganjuran Hero Remaja sangat baik sedari zaman #ritchierachman (pre-bengkak) ya. Oleh itu attitude anda harus betul. Cukup2 lah Dewi Remaja tercemar dgn insiden tonggang arak tahun lalu. Now disini, adik Syafik Kyle ni meols nak nasihatkan perbetulkan attitude dahulu. Selarikan kata2 dgn tindakan. Apa faedahnya pergi share perbualan whatsapp dgn abang sendiri ke sosial media? Lebih2 lagi perbualan tu mengandungi kata2 yg agak sensitif utk diketahui umum apalagi boleh menjejaskan nama baik abang sendiri. Ayat "SEPATUTNYA KAU BOLEH GELAK DAN SERONOK DENGAN KEBODOHAN APA YANG KAU HADAPI" dah cukup utk jejas kredibiliti abang cuols ya. Dia lahir dr program Hero Remaja dan dia kata ia satu kebodohan? Cemtu mesej yg nak disampaikan? As much as u kecewa dgn kegagalan ini, jgn drag org lain atas kegagalan anda. Dia naik dari nobody to somebody hari ni platformnya dari program "bodoh" ini. Bagaimana pula dengan statement "BANYAK ORANG JAHAT YANG SEMUA ORANG BAIK SAYANG". Apa mesej yg hendak disampaikan? Bahawa mereka2 yg menganjur atau pegang kuasa dalam industri ni jahat2 belaka maka yg mengampu job ini semua yg baik2 tp terpaksa sayang org jahat? Sila berhati2 dlm berkata2 ya. Paparan screenshot perbualan korg dua beradik ni byk menimbulkan persoalan ya. . 1st of all – sebagai seorang yg hendak bergelar ikon remaja (walaupunnn), fahami apa itu privacy notice. Asingkan benda yg patut disiar umum dan dalam lingkungan privacy. Go for the lower risk. . 2nd of all – Kalau cuols nak dikenali atas nama sendiri, jgn libatkan nama abang. Baik dr audition mahupun ke sosial media. Do not do that, if you do that damn you'll get overshadowed . Tak belajar drpd kegagalan adik2 artis lain? . 3rd of all – Maybe kegagalan cuols berpunca daripada your lack of empathy dan talent. Deal with it! #SepitLahar

A post shared by Trivia Artis Malaysia (@sepitsiput) on

Malah tegas sepitsiput juga, kata-kata Syafiq Kyle itu juga boleh menyinggung pelbagai pihak dalam dunia hiburan ini.

Pesannya lagi agar sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata kerana paparan mesej itu telah menimbulkan banyak persoalan seperti perlu bersikap lebih sensitif untuk berkongsikan sesuatu perkara.

Selain itu, cuba naikkan nama sendiri dengan tidak melibatkan nama adik-beradik yang dah berjaya, tidak kira daripada pelbagai aspek. Malah bakat itu mungkin perlu diasah lagi.

Hurm, betul juga tu apa yang dikatakan,admin perhatikan ramai yang naik kejap je tapi terus tenggelam, harap lepas ni dapat lah belajar daripada kesilapan.

 

Baca : “Ella je boleh gedik and manja macam ni” – Netizen Geli Hati Tengok Ella ‘Tergedik’ Bagi Award Pada Syafiq Kyle

Ella

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.