in

“Saya nak tubuh parti baharu ganti BERSATU” – Tun M Nak Tubuh Parti Baharu Untuk Angkat Perjuangan Melayu

Https S3 Ap Northeast 1.Amazonaws.com Psh Ex Ftnikkei 3937Bb4 Images 9 8 1 1 25271189 5 Eng Gb Cropped 1582944048Rts2F9Do 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keadaan politik negara beberapa tahun ini banyak menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat. Sejak kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14, pergelutan kuasa antara parti politik dilihat semakin membimbangkan sehingga berlakunya pertukaran kerajaan pada Februari lalu yang kini diperintah oleh Pakatan Nasional (PN).

Terkini melalui sebuah sidang media, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan akan menubuhkan satu parti baharu.


Https S3 Ap Northeast 1.Amazonaws.com Psh Ex Ftnikkei 3937Bb4 Images 9 8 1 1 25271189 5 Eng Gb Cropped 1582944048Rts2F9Do

Katanya tujuan parti ini diwujudkan adalah untuk mengembalikan semangat pejuangan politik kaum Melayu selepas mendakwa parti politik sedia ada seolah-olah sudah lari dari matlamat asal.

“Bukan niat kami nak ada banyak sangat parti politik dalam kalangan orang Melayu. Dulu sudah ada UMNO, PAS, kemudian BERSATU. Sebabnya kerana UMNO, PAS dan BERSATU sudah lari dari perjuangan asal berkenaan politik orang Melayu”

Hilang Percaya Kepada Presiden Bersatu

Tun M juga ada menjelaskan antara sebab lain penubuhan parti baharu ini adalah kerana beliau sudah hilang kepercayaan kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana tindakan parti berkenaan memecat keahliannya bersama lima lagi pemimpin yang lain. Lapor Berita Harian.

Kita pun sedia maklum Tun M ni memang pakar dalam politik. Jadi kita tunggu dan lihat sajalah apa tindakan Tun M lepas. Korang rasa patut ke ada parti baharu ni?

Baca: “Semua salah Najib” – Tun M Dedah Siapa ‘Dalang’ Sebenar Disebalik Kejatuhan Pakatan Harapan

Jib 1

Sumber: Reuters

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.