in

“Semua salah Najib” – Tun M Dedah Siapa ‘Dalang’ Sebenar Disebalik Kejatuhan Pakatan Harapan

Collage 26

Tak sampai setengah penggal, kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh lepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Dalam masa dua minggu, Tan Sri Muhyiddin telah dilantik menjadi perdana menteri ke-8 dan baru dua hari lepas dia umumkan barisan kabinet baru.

Selepas kemelut politik negara reda, Tun M telah dedahkan ‘dalang’ yang merupakan mastermind disebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan adalah tak lain dan tak bukan… Datuk Seri Najib!!!

Semua Salah Najib Ke

Bercakap dengan Sinar Harian, Tun M telah menyalahkan DS Najib dan mengatakan yang perkara ni dah dirancang lama.

“Yang betul-betul berkonspirasi ialah Najib. Apabila dia kalah, maka dia dapat idea kalau dia boleh tubuh satu kerajaan Melayu Islam, maka dia akan dapat lebih sokongan orang Melayu dan dia akan menang.”

Tun M turut menambah, kekalahan DS Najib semasa GE14, bekas PM ni tak henti-henti tekankan naratif Melayu Islam dan cuba mencari sokongan Bersatu untuk menubuhkan kerajaan Melayu Islam dan menganggap DAP sebagai jahat.

6C44

Tambah Tun M lagi, Najib mahukan kuasanya dikembalikan secepat mungkin kerana perbicaraan korupsinya dah hampir ke penghujung dan dia boleh dipenjarakan.

Ini adalah konspirasi Perikatan Nasional lepas kalah PRU dengan meyakinkan ahli Bersatu untuk menyokong mereka. Bersatu kemudiannya keluar dari PH dan menyebabkan kejatuhan kerajaan.”

Namun seperti biasa, bila namanya disebut, jarang DS Najib nak diamkan diri je. Di laman Facebook peribadinya, DS Najib mengatakan, dia tak tahu langsung yang dia adalah punca kerajaan PH jatuh.

Saya main FB pun boleh jatuhkan satu kerajaan ke? Bahaya juga. Lain kali saya main PS4 sudah.”

Rupanya saya adalah punca utama kerajaan PH tumbang.Saya sendiri pun tak tahu. Sekarang saya tahu.Tetapi saya tak…

Posted by Najib Razak on Tuesday, March 10, 2020

 

Baca: “Confirm ramai tengok!” – Trailer Baru Netflix Dirty Money Season 2 Buat Pasal Skandal 1MDB, Ada Najib & Rosmah!

Screenshot 2020 03 11 At 5.24.13 Pm

Sumber: Borneo Today