in

“Saya nak cari saham akhirat” – Tak Sampai Dua Bulan Bernikah, Ezlynn Luah Hasrat Nak Cari Madu Untuk Suami

Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk korang yang tak tahu, 11 September lalu, penyanyi Ezlynn Ariffin mengumumkan yang dia telah pun bernikah dengan penderma hati pertama negara, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail.

Menurut Ezlynn, pernikahan mereka hanya dijalankan secara dalam talian bersama keluarga terdekat sahaja selepas mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam aktiviti amal tahun lalu.


“Saya nak cukupkan suami saya ada empat isteri”

https://www.instagram.com/p/CVSmUFJPniD/

Tak sampai dua bulan bernikah, baru-baru ini Ezlynn telah meluahkan hasrat untuk mencari madu untuk dijadikan isteri baru suaminya.

Menurut Harian Metro, penyanyi ini berkata keputusan itu dibuat kerana terlalu menyintai suaminya dan mahu mencari ‘saham akhirat’.

Dalam Islam pun membolehkan lelaki berkahwin empat. Saya nak cukupkan suami saya ada empat isteri. Kalau ada yang sanggup bermadu dengan saya, boleh terus mesej di Instagram.

“Kita hidup hanya sementara, mesti kena gembira. Jom mengorak langkah menuju ‘jannah’. Saya mengangkat sunnah Rasullullah SAW, dan saya yakin boleh hidup bermadu.”

Malah, Ezlynn juga mengaku yang dia telah pun bertanya beberapa individu dan ada yang sudah pun bersetuju untuk menjadi madunya namun dia masih mencari yang sesuai.

“Hadiah buat suami”

Madutiagag1 1635068545

Tambah Ezlynn lagi, dia hanya mengutamakan kebahagiaan suaminya dan jika ianya boleh mendapat reda Allah dan syafaat Rasulullah, dia akan ikut.

“Kebahagian suami penting bagi saya. Dalam dunia ini saya dah tak perlu apa-apa lagi. Saya nak cari saham akhirat saja.

“Mana-mana yang boleh saya dapat reda Allah dan ‘syafaat Rasulullah’, saya akan ikut. Inilah hadiah buat suami saya.

“Sebab itulah saya putuskan nak cari madu yang baik dan sesuai, yang sudi terima saya sebagai madu juga.

 “Maksudnya berkahwin dengan saya sekalilah dan bukan dengan suami saja. Sebabnya, nanti banyak perkara perlu dilakukan oleh kami bersama.”

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Ezlynn pernah berkahwin dengan bekas pengurus peribadinya Adam Fahmy Shamsudin pada tahun 2011 sebelum bercerai pada tahun 2017 manakala Wan Hafizam pula mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan pertamanya.

Wahhh, bukan biasa-biasa ni! Ada yang berminat ke tu?

 

Baca: “Power bini pertama dia” – Isteri Kedua Mengadu Nasib Pasal ‘Bermadu’ Tapi Netizen Ramai Sokong Bini Tua

Screenshot 2021 10 25 At 1.45.02 Pm

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.