in

“Saya mmg takde duit, susah sangat-sangat”- Rupanya Ini Kisah Sebenar Pasal Ejen Tarik Kereta Dengan Akak Honda 5 Bulan

Honda
Lobak Merah
Lobak Merah
"Saya mmg takde duit, susah sangat-sangat"- Rupanya Ini Kisah Sebenar Pasal Ejen Tarik Kereta Dengan Akak Honda 5 Bulan
Loading
/

Baru-baru ni viral di media sosial video wanita sembur racun serangga pada ejen penarik kereta, dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Langkawi.

Pelbagai versi cerita timbul berkenaan video tersebut yang rata-rata mengecam tindakan wanita itu yang didakwa gagal menjelaskan bayaran ansuran kereta Honda dalam tempoh 5 bulan.

Namun ada juga yang memihak kepada wanita itu dan mendakwa ejen tersebut berlaku kasar sehingga menyebabkan wanita tersebut berbuat demikian.

4 8

Jadi siapa yang betul dan siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ni?

 

“Saya faham tapi la ni saya mintak masa sikit, tolong….”

Mungkin korang terlepas pandang video yang satu ni, dikongsikan pemilik facebook D’Ben Al Shariff ni.

Dengar betul-betul dan nilaikan sendiri okay.

Sejak video ni dimuatnaik semalam, posting ini telah mendapat lebih 2.1k shares dan 1.4k likes di facebook.

Malah rata-rata menyokong ejen penarik kereta tersebut walaupun ada yang mempersoalkan tindakan dia merakam perbualan dengan wanita itu.

 

“Tunggakan sampai 5 bulan, boleh lagi dia dengan konfiden bawak kereta ronda-ronda kota raya”

3 10

 

“Giler arr, bila nak tarik repo kena maki…”

2 10

Haishhhh macam-macam lah manusia zaman sekarang. Ape orang kata biar papa asal bergaya? 

Baca : Nasib dalam kereta tidak ada senjata tajam kalau ada mesti saya sudah tikam Wanita Spray Ejen Tarik Kereta Buka Mulut

4 8