in

“Saya minta izin nak…” – Jijik! Pengamal Perubatan Islam Gatal Ambil Kesempatan Cabul Pesakit

Ft Cabul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahu dapatkan rawatan malah bertambah pula ‘sakitnya’. Seorang wanita didakwa dicabul oleh pengamal perubatan Islam ketika sedang mendapatkan rawatan.


 

‘Ustaz’ umur 52 tahun ditahan polis

Semalam, seorang pengamal perubatan Islam ditahan polis bagi membantu siasatan mencabul seorang jurujual wanita yang juga pesakitnya pada akhir November lalu lapor Kosmo.

Pada 22 November lalu, wanita berkenaan yang berusia 30 tahun datang bagi mendapatkan rawatan daripada suspek di pusat perawatan Islam daerah Hulu Terengganu pada pukul 8.30 malam.

 

Minta izin nak ‘cabul’

Kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud, mangsa didakwa suspek telah terkena buatan orang.

Wanita itu dimaklumkan kononnya dia terkena buatan orang sebelum suspek meminta izin untuk memegang fizikal mangsa.

Mangsa mengizinkan untuk tujuan perubatan namun lelaki itu didakwa telah turut menyentuh kedua-dua anggota sulit wanita itu selain mencekik lehernya sewaktu perawatan dilakukan.”

Setelah itu, suspek turut pergi ke rumah mangsa kononnya ia sebahagian daripada rawatan lanjut bagi mengubati wanita tersebut.

Mangsa telah menjemput suspek ke rumahnya di Tepoh, Kuala Nerus pada pukul 2.30 petang, 24 November lalu.

Minta izin untuk cium.

Selain melakukan perkara terkutuk sebelum ini, suspek dikatakan lagi sekali cuba untuk mencabul mangsa dengan meminta izin untuk menciumnya setelah ‘tinjauan’ berakhir namun mangsa menolak.

Cabul1

Merasakan sesuatu tak kena sedang berlaku, mangsa pergi ke cawangan lain pusat perawatan Islam itu di Kuala Ibai, Kuala Terengganu untuk mendapatkan penjelasan.

 

Digantung tugas!

Hasil siasatan polis, suspek sebenarnya telah digantung tugas sebelum ini.

Mangsa telah dinasihatkan oleh pengurusan pusat perawatan Islam terbabit untuk membuat laporan polis yang telah membawa kepada penangkapan suspek semalam.

Kini, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 9 Disember ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

 

Baca : Didakwa Merogol, Pendakwah Selebriti Ditahan

Ft Dai

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.