in

Didakwa Merogol, Pendakwah Selebriti Ditahan

Ft Dai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi seorang pendakwah selebriti ditahan pihak polis selepas mangsa membuat laporan pada 7.18 malam, mendakwa dia dirogol oleh suspek tahun lalu.


Pendakwah selebriti yang tampil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam ditahan pada jam 11 malam tadi.

“Berdasarkan laporan mangsa yang berusia berusia 23 tahun, dia dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram kira-kira 8 malam, 11 September tahun lalu. – Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib

Menurut mangsa yang menderita masalah kemurungan dikatakan bertemu dengan suspek bagi mendapatkan rawatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit itu.

“Mangsa dikatakan menaiki kereta BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

“Suspek kemudian dipercayai membawa mangsa makan di kedai makan di Batu 3, Shah Alam dan kemudian membawa mangsa ke rumahnya di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan,”

Capture 16 3

 

Hanyalah Perangkap

Sejurus tiba di rumah suspek, mangsa dikatakan dirogol oleh suspek dan tidak berdaya untuk melawan.

Mangsa juga dikatakan tidak tahu cara untuk melepaskan diri dari tempat itu lapor Harian Metro.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut memberi amaran kepada mangsa untuk merahsiakan perkara keji tersebut.

Suspek juga mendakwa akan sentiasa memantau mangsa dari jauh.

“Keesokan harinya, suspek bertindak menghantar mangsa ke lobi dan mangsa menaiki kenderaan aplikasi e-hailing untuk pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya.

“Mangsa mendakwa dia mengalami tekanan perasaan yang teruk kemudian dimasukkan ke Hospital Kajang serta dirujuk ke rawatan psikiatri dan perlu rawatan susulan pada 23 September tahun lalu,”

Bagaimanapun pada Oktober tahun lalu, mangsa telah dikatakan pulang ke kampung halamannya di Triang, Pahang serta mendapatkan rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Mangsa telah ditahan selama lima hari di wad psikiatri.

Kesan daripada jenayah seksual yang dialami, mangsa dikatakan mengalami tekanan perasan yang teruk serta masih trauma dengan kejadian yang menimpanya. 

Dia kini masih menerima rawatan susulan.

 

Capture 1 7 2

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib suspek pula akan ditahan reman bermula hari ini.

“Suspek akan direman hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” 

Baca : Ayahanda telah lama meninggalkan ibu saya Bapa Tegur Di Media Sosial, Dai Syed Respon Hubungan Mereka Keruh Sejak 2016 Lagi

Capture 16 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.