“Ramai kena tapi tak sedar” – Perawat Kongsi Tanda-tanda Terkena Sihir Penghalang Jodoh

Tambah ke Sumber Pilihan
“Ramai kena tapi tak sedar” – Perawat Kongsi Tanda-tanda Terkena Sihir Penghalang Jodoh

Bila bercakap soal jodoh, pasti segelintir orang bujang ternanti-nanti siapakah yang akan menjadi pasangan hidup. Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk berkahwin, akhirnya hubungan itu terputus sekerat jalan.

Satu perkongsian oleh @alfaqir_ahmad yang merupakan seorang perawat Islam menceritakan beberapa tanda gangguan yang mungkin dialami menyukarkan seseorang itu untuk mendapatkan jodoh.


Ramai terkena tapi tak sedar..

Melalui video yang dimuat naik di TikTok, Faqir Ahmad berkata ramai pesakitnya yang mengalami gangguan penghalang jodoh tanpa mereka sedari. Gangguan tersebut boleh terjadi mungkin daripada sihir penghalang jodoh, saka keturunan dan gangguan jin asyik.

Katanya, sesiapa yang terkena gangguan ini usahanya tersekat sama ada ketika mahu mendapatkan jodoh, usaha dalam perniagaan gagal ataupun hubungan suami dan isteri terganggu.

Tanda-tanda terkena sihir gangguan jodoh

Antara tanda gangguan sihir penghalang jodoh adalah seseorang itu bermimpi isyarat gangguan, usaha untuk mencari jodoh tidak kesampaian atau tiada rasa untuk berpasangan.

Usaha untuk mencari jodoh gagal, maksudnya tak kesampaian. Atau anda tiada rasa untuk berkahwin. Keinginan ada, tapi terhalang. Atau ada keinginan tapi orang nampak anda pelik terutamanya keluarga.

Selain itu, gangguan tersebut akan memberi kesan kepada fizikal badan si pesakit apabila dia mengalami sakit badan seperti sakit perut.

Artikel berkaitan: “Setiap kali jumpa dia hidangkan air” – Pelajar Kongsi Detik Hitam Terkena Sihir Pengasih Pensyarah

Artikel berkaitan: Orang Dengki ‘Order’ Nasi Lemak Banyak Masuk, Ibu Meninggal Dunia Sebab Kena Sihir

Bukan itu sahaja, kesukaran untuk tidur juga merupakan salah satu tanda terkena gangguan sihir penghalang jodoh, selalu ternampak kelibat orang yang tidak dikenali dan gangguan yang lain.

Perawat itu menasihati orang ramai terutamanya kepada orang yang sedang ikhtiar mencari jodoh untuk segera mendapatkan rawatan jika sedang mengalami tanda gangguan tersebut.

Jangan tunggu lama-lama. Mandi bunga bukan sahaja pilihan yang ada untuk selesaikan masalah penghalang jodoh. Pandangan kita, aura tertutup kena mandi bunga. Perlu juga ke arah rukyah dan rawatan Islam untuk memastikan gangguan itu pergi.

Menjengah di ruangan komen, ada segelintir netizen yang menyedari mereka terkena sihir ini apabila sukar untuk mendapatkan jodoh.

Jodoh 1 Jodoh 2 Jodoh 3

Kadang benda macam ni kita tak sedar..

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Ramai kena tapi tak sedar” – Perawat Kongsi Tanda-tanda Terkena Sihir Penghalang Jodoh
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ramai-kena-tapi-tak-sedar-perawat-kongsi-tanda-tanda-terkena-sihir-penghalang-jodoh/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM