in

TERKINI: Langgar SOP Majlis Kahwin & Rentas Negeri, Neelofa Dikompaun RM20,000

Ft Lofakompaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa dan suami, Muhammad Haris bin Mohd Ismail dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lapor Awani.


 

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dikenakan kompaun RM20,000 bagi dua kesalahan:

  • Selaku penganjur, telah gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial PKPB apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung
  • Melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4(2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, 2 memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak polis

Lofa 3

Sementara itu, Haris dikenakan kompuan sebanyak RM10,000 (tiada diskaun dibenarkan) kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4(2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, 2 memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak polis.

Selain mereka berdua, kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Neelofa Wedding Langgar Sop Fb

Baca: “Moga yang lain ambil iktibar” – Masjid Di Pekan Dikompaun RM10k Gara-gara Tak Letak Kod MySejahtera

Collage 38

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.