“Saya masih cintakan dia” – [VIDEO] Sharifah Sakinah Dedah Status Perkahwinan

Tambah ke Sumber Pilihan
“Saya masih cintakan dia” – [VIDEO] Sharifah Sakinah Dedah Status Perkahwinan

Baru-baru ini pelakon, Sharifah Sakinah telah menimbulkan tanda tanya kepada warganet apabila dia memuat naik gambar bersama suaminya dengan kapsyen seakan-akan hendak bercerai.

Bagaimanapun, Sakinah mengakui masih lagi menyayangi suaminya dan setelah perbincangan diadakan, mereka telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.


Tapi, Sakinah memberitahu bahawa dia mungkin akan kembali kepada Michael, namun bukanlah dalam waktu yang terdekat.

Screenshot 2022 11 01 141112Sumber: Instagram | sharifah_sakinah

“Saya masih cintakan dia. Cuma buat masa sekarang, lebih baik masing-masing buat hal sendiri. Mana tahu mungkin lagi 10 tahun akan datang kami akan bersama semula. Tapi jika saya sudah menemui lelaki lain, bye-bye jawabnya,” kata Sakinah.

Dalam masa yang sama, Sakinah akui yang dia teringin menimang cahaya mata namun ini menjadi salah satu sebab kenapa mereka kerap bergaduh.

Menurutnya, suaminya adalah seorang yang bertanggungjawab kerana dia tidak boleh meninggalkan anak-anak dan bekas isteri di Sweden yang sedang menjadi tanggungannya untuk berpindah ke Malaysia.

“Buat masa sekarang memang kami tidak boleh ada cahaya mata bersama. Ya, saya mahukan anak. Tapi kami tidak boleh memilikinya (anak) kerana faktor hubungan jarak jauh.”

Masih belum bercerai tapi berpisah 

Menjelaskan isu berkenaan, Sakinah akui yang mereka masih lagi sebagai suami isteri tapi mengambil keputusan untuk berpisah dan bukannya bercerai.

Menerusi sebuah video di Tiktok, Sakinah menjelaskan bahawa Michael mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anaknya dan bukan senang untuk dia menunaikan permintaan Sakinah yang mahukan cahaya mata.

Screenshot 2022 11 01 141433Sumber: Instagram | sharifah_sakinah

“Dia punya culture is dia kena jaga anak dia. Kalau lelaki Melayu, dia akan (boleh) bagi nafkah sahaja kepada pihak perempuan dan kahwin lain.”

“Culture dia (Michael) lain, seminggu dekat bekas isteri, seminggu lagi dekat suami. Kalau dia (Michael) pindah sini pun, dia perlu bawa bekas isteri dia datang. Jadi kami tak mahu that kind of drama,” ujarnya.

Untuk pengetahuan pembaca, Sakinah telah bernikah dengan Michael selepas mengenali hati budi masing-masing sejak tahun 2020 yang lalu.

Ohh macam tu rupanya, apapun kita doakan yang terbaik la buat pasangan ni..

Baca : “Terdapat sedikit drama” – Suami Sharifah Sakinah Dedah Punca Mahu Bercerai

Collage 63 758X399 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Saya masih cintakan dia” – [VIDEO] Sharifah Sakinah Dedah Status Perkahwinan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/saya-masih-cintakan-dia-video-sharifah-sakinah-dedah-status-perkahwinan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM