Baru-baru ini, peminat pelakon Sharifah Sakinah telah dikejutkan dengan berita bahawa dia dan suaminya Michael Hansen membuat keputusan untuk bercerai.
Berita ini jelasnya menimbulkan pertanyaan di kalangan netizen lebih-lebih lagi pasangan ini baru sahaja memuat naik gambar bercuti bersama dan nampak bahagia pada awal bulan ini.
Menurut suaminya Michael, keputusan untuk berpisah ini dibuat secara profesional dan harmoni oleh kedua-dua belah pihak, lapor Harian Metro.
https://www.instagram.com/p/CZjgQiWBF32/
Jelasnya, mereka mengambil kata sepakat untuk mengakhiri hubungan mereka adalah ekoran kedua-duanya mempunya komitmen dan tanggungjawab yang berat di negara masing-masing.
Sakinah mempunyai Anais dan kerjaya yang hebat di Malaysia, manakala saya memiliki dua cahaya mata dan perlu bekerja di Sweden. Jadi, agak sukar untuk kami berdua bergerak ke mana-mana.
Keputusan untuk menamatkan perkahwinan ini dibuat secara bersama selepas melalui hasil perbincangan dan dipersetujui oleh kami berdua. Kami percaya ini adalah tindakan yang terbaik ketika ini supaya kami boleh fokus dengan perkara yang penting iaitu anak-anak serta keluarga masing-masing. Apapun, kami masih kekal sebagai kawan baik dan semuanya baik-baik saja.
“Sakinah adalah wanita yang berbakat, lucu, berkarisma dan berhati mulia. Saya tidak mengharapkan apa-apa selain mendoakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dirinya.”
Namun begitu, lelaki ini mengaku terdapat sedikit drama yang berlaku ketika mereka mengambil keputusan tersebut namun mengakui bahawa walaupun telah mencuba dan berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini, tapi penceraian adalah jalan terbaik.
Baca: “We can’t be partners anymore” – Kapsyen Sakinah Beri Bayangan Dah Tak Bersama Suami?