Sebelum ini, kenyataan PU Azman telah mencetuskan kontroversi berkenaan kenyataan dan saranannya kepada netizen supaya tidak terus mengikuti perkembangan animasi Si Nopal kerana ayat Bahenol itu membawa maksud lucah.
Lapor mStar online, Bahenol itu bermaksud montok dan mengghairahkan. Disebabkan itu, pihak Anima Si Nopal tampil menjawab isu ini.
Bahenol maknanya chubby

Disebabkan itu PU Azman membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram. Dia mengakui kesilapannya yang kurang teliti terhadap maksud Bahenol itu mungkin telah menyebabkan netizen di Indonesia terasa dan menganggap ianya sebagai satu isu sentimen.
Saya mohon maaf kalau kurang teliti terhadap maksud Bahenol – PU Azman
https://www.instagram.com/p/BtyYgc4BTUX/
Kesimpulannya, maksud Bahenol ini bukanlah salah cuma, ia sebenarnya membawa maksud bergantung pada konteks ayat yang digunakan.
Dalam video Si Nopal ni, agak mustahil jika ia ingin menceritakan tentang hal lucah. Apapun, PU Azman dah memohon maaf dan netizen dapat terima dengan hati terbuka.
Jadi, jom lah sama-sama kita layan lagi lagu Berkhemah ni.