Gara-gara picit jerawat di hidung, remaja ini dakwa mengalami penyakit misteri dan kini dikhuatiri boleh menyebabkannya buta.
Mary Ann Regacho, 17 tahun menderita apabila mukanya membengkak dipercayai selepas memicit jerawat di hidung tahun lepas.
Pada awalnya dia menyangkakan ia hanya jerawat biasa kerana perubahan hormon selepas melahirkan anak pertamanya di usia 16 tahun. Namun selepas memicit jerawat tersebut, ia tumbuh lebih besar dan memeritkan.
Sekarang saya rasa muka saya takkan jadi macam dulu lagi.
Saya ingat ia jerawat biasa, tapi sakit sangat sampai tak boleh tidur malam. Saya cuba segalanya nak rawat tapi tak berkesan.”
Bengkak tersebut membesar hingga hampir menutup bahagian mata Mary.
Tak mampu biaya perubatan
Lapor MirrorUK, suami gadis malang ini tak mampu untuk biaya perubatannya. Dia yang bekerja di ladang mengatakan mereka hanya ada wang untuk sara diri sahaja sehari-hari.
Oleh itu, di kesempatan ini dia meminta bantuan orang ramai.
“Saya ingin meminta pertolongan anda yang baik untuk menderma supaya dapat menghantar isteri saya ke hospital.
Kami hanya mempunyai pendapatan cukup untuk diri sendiri dan anak yang berusia satu tahun, jadi kami tidak mampu menanggung kos perubatannya.”
Min harap dorang dapat dana secukupnya untuk rawat penyakit misteri ni.
Baca : ” Virus baru ke?” – Diserang Penyakit Misteri, Lebih 400 Penduduk India Dikejarkan Ke Hospital