in

“Saya harap encik jangan hasilkan anak lagi” – Ibu Bapa Selamba Biar Anak Kencing Atas Kerusi KTM Sesuka Hati

Kencing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, akhlak seorang anak tu sama ada baik atau buruk datangnya daripada pengajaran ibu bapa sejak di rumah lagi. Kalau salah didikan, buruklah jadinya. Tapi tak semualah jenis macam tu kan.

Apa-apapun baru-baru ni, tindakan seorang budak di dalam tren KTM Butterworth ke Padang Besar telah menimbulkan kemarahan seorang penumpang disebabkan ia terlalu biadap dan pengotor.


 

Buka seluar depan penumpang dan terus kencing atas kerusi! 

Menerusi perkongsian netizen bernama XinTian di Facebook, dia sangat terkejut dengan tindakan ibu bapa budak tersebut yang langsung tidak berbuat apa-apa, malah menggalakkan lagi perbuatan terkutuk anaknya yang kencing di atas kerusi tren KTM. Adoi! 

“Ibu bapa zaman sekarang: 

“Dalam tren KTM, si ibu bawa anak perempuan ke kerusi di hadapan saya, bukakan seluarnya dan biar anak tersebut KENCING DI ATAS KERUSI TREN! Saya sangat terkejut sebab air kencing budak itu terkena kasut dan luggage saya!” cerita XinTian.

46495141 10157310387292137 7081874761516580864 N
sumber: facebook

 

“KTM tak ada toilet, nanti saya bayar orang tolong bersihkan. Apa lagi cik nak?!” 

Bengang dengan situasi tu, wanita tu pun confront lah ibu dan bapa budak tersebut. Tapi si bapa pulak dengan selambanya cakap dia sanggup bayar untuk orang bersihkan kotoran tersebut dan tak fikir langsung yang apa anak dia buat tu salah.

“Saya berdepan dengan mereka dan bapa budak tersebut ‘yang besar sangat tu’ beritahu saya: 

“Cik, apa boleh buat ini emergency, KTM tak da toilet nak buat apa, nanti saya bayar orang tolong bersihkan. Apa lagi cik nak?!” kata mangsa.

Tapi dengan perlian XinTian menjawab,

“Nak satu je, saya harap encik jangan hasilkan anak lagi. Serius, kita tak perlukan orang yang macam awak dalam masyarakat kita dan saya tak percaya kebolehan awak dalam mendidik anak. 

“Saya kesian dengan anak-anak tersebut yang ada ibu bapa seperti itu,” katanya lagi.

46483194 10157310388637137 830732351054020608 N
sumber: facebook

 

Ibu bapa budak tak puas hati, mesej mangsa marah-marah

Ingatkan kisah ni berakhir atas tren je, tapi rupanya mangsa dah pun maklumkan hal tersebut pada pihak KTM dan mereka pun katanya akan download rakaman CCTV pada hari tersebut untuk sebarang tindakan.

46652374 10157316426002137 5625991731343261696 N
sumber: facebook

Dalam pada tu, bapa budak tersebut ada mesej XinTian di Facebook dan marah-marah kononnya mangsa tak faham situasi anaknya yang memang tak tahan nak buang air kecil dan mereka pulak masa tu tak bawa pampers.

46670126 10157316436282137 9142476688611868672 N

46795031 10157316442637137 2795414803592511488 N
sumber: facebook

Emm admin pun tak tahulah nak sebelahi siapa. Tapi… kalau budak kencing sampai terkena baju, kasut korang… korang marah tak? 

 

“Dah tahu ada anak kecik tu tanya siap-siap nak kencing ke, berak sebelum naik tren. Apa susah sangat ke bengap?” 

Rata-rata netizen memang tak setuju langsung dengan tindakan ibu bapa tersebut yang membiarkan anak mereka kencing di atas kerusi tren KTM. Bagi mereka, ada 100 macam cara lagi yang ibu bapa ni boleh buat untuk elak benda macam ni berlaku. Hmm ye tak ye jugak.

Apo Punya Orang
sumber: facebook

Apa-apapun admin harap ibu bapa kat luar sana ambillah kisah ni sebagai pengajaran dan jangan ambil jalan mudah sesuka hati suruh anak kencing di merata tempat. Kena belajar disiplin sikit. 

Baca: “Malukan Melayu je” – Netizen Bengang Melayu Racist Ini Biadap ‘Angkat Jari Tengah’ Pada Promoter Beer

Arakkk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.