“Saya hanya pertahankan diri” – Pelakon ‘Captain America’ Call 911 Lepas Tikam Ibu, Hakim Suruh Buat Ujian Mental

Tambah ke Sumber Pilihan
“Saya hanya pertahankan diri” – Pelakon ‘Captain America’ Call 911 Lepas Tikam Ibu, Hakim Suruh Buat Ujian Mental

Aktres Captain America baru-baru ini telah mengejutkan ramai dan menjadi bualan ramai selepas ditangkap oleh pihak polis Kansas, Amerika Syarikat.

Mollie Fitzgerald yang membawa watak Stark Girl dalam filem Captain America: The First Avenger kini sedang dibicarakan dan didakwa membunuh ibu kandungnya di rumah.

Mollie7
Sumber: Monsters&Critics
Mollie3
Sumber: Daily Mail

Dakwa ibu yang serang dulu

Mollie telah ditahan dan didakwa atas pertuduhan pembunuhan kelas kedua ke atas kematian ibunya, Patricia ‘Tee’ Fitzgerald, 68, pada 20 Disember 2019.

Mollie8
Sumber: Daily Mail

Menurut Daily Mail, ketika proses perbicaraan Mollie membela diri dengan mendakwa dia menikam ibunya untuk mempertahankan diri. Kata aktres berusia 38 tahun itu, ketika kejadian ibunya telah menyerangnya sambil memegang pisau.

Forensik cakap ada ‘defensive injuries’ selepas proses autopsi dibuat

Bagaimanapun, menurut forensik selepas proses bedah siasat mereka dapati tiada bukti menunjukkan tanda-tanda mangsa memegang senjata. Malah, forensik juga melaporkan bahawa terdapat tanda-tanda Patricia maut selepas ditikam sebanyak 4 kali ketika mempertahankan dirinya (defensive injuries).

Selain itu, mereka juga mendapati terdapat beberapa kesan luka pada tangan serta lebam di bahagian muka mangsa.

Call polis lepas tikam ibu

Menurut Newsweek, pada hari kejadian Mollie sendiri telah buat panggilan kecemasan 911 sebelum jam 12 tengah hari dan melaporkan dia sendiri telah membunuh ibunya atas dasar mempertahankan diri.

Mollie2
Sumber: Daily Mail

Pihak polis tiba di rumahnya dekat Olathe, Kansas dan Patricia dilihat terbaring di atas lantai dengan sebilah pisau tercacak di bahagian belakang badannya. Mollie mendakwa dia telah menggunakan alat pada vacuum untuk menghentak sebelum rampas pisau dari tangan ibunya dan tikam.

Kena ambil ujian mental

Mollie1
Sumber: Daily Mail

Disebabkan kenyataannya bercanggah dengan laporan bedah siasat, hakim memerintahkan agar Mollie menjalani ujian pemeriksaan mental. Perbicaraan akan disambung selepas keputusan ujian itu dikeluarkan dari pihak hospital.

Mollie kini dipenjara dengan ikat jamin sebanyak 500,000 US Dollar (RM2.03 juta).

Baca: “Jangan salahkan sesiapa” – Dijumpai Mati di Rumah, Pelakon Bollywood Tinggal ‘Wasiat’ Sebelum Gantung Diri

Kushal Bunuh Diri

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Saya hanya pertahankan diri” – Pelakon ‘Captain America’ Call 911 Lepas Tikam Ibu, Hakim Suruh Buat Ujian Mental
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/saya-hanya-pertahankan-diri-pelakon-captain-america-call-911-lepas-tikam-ibu-hakim-suruh-buat-ujian-mental/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM