in

“Jangan salahkan sesiapa” – Dijumpai Mati di Rumah, Pelakon Bollywood Tinggal ‘Wasiat’ Sebelum Gantung Diri

Kushal Bunuh Diri

Pelakon filem Bollywood dilaporkan telah membunuh diri di rumahnya pada Khamis lepas. Menurut Hindustan Times, Kushal Punjabi, 37 tahun dijumpai oleh kedua ibu bapanya yang berasa curiga selepas anak mereka tidak menjawab panggilan.

Kushal dikatakan tidak menjawab panggilan sesiapa pada hari Khamis itu dan ibu bapanya cuba hubungi sejak jam 2 petang. Namun, Kushal tidak menjawab panggilan dan mereka buat keputusan untuk ke rumahnya pada malam itu.

Kira-kira jam 10.30 malam, mereka dapati pintu apartment Kushal berkunci dan selepas menggunakan kunci pendua anak mereka dijumpai tidak bergerak di dalam rumah itu.

Pihak polis dimaklumkan oleh jiran Kushal pada jam 11.30 malam dan selepas tiba di lokasi mereka terus membawa aktor itu ke hospital. Malangnya, dia disahkan telah meninggal dunia.

Kushal meninggalkan seorang anak lelaki bernama Kian berusia 3 tahun dan kini sedang dalam proses perceraian bersama isterinya, Audrey. Beberapa jam sebelum menggantung diri, Kushal sempat muat naik gambar bersama Kian di Instagram.

View this post on Instagram

??❤️

A post shared by Kushal Punjabi. (@itsme_kushalpunjabi) on

Menurut kawan rapatnya, Kushal mempunyai masalah kemurungan serta berada dalam tekanan kerana masalah dan proses perceraian bersama isterinya itu.

Kushal mula dikenali selepas memenangi Total Wipeout versi India pada tahun 2011. Menurut kedua ibu bapa Kushal, mereka menemui nota yang ditulis anak mereka sebelum membunuh diri.

Kushal1
sumber: pinkvilla
Kushal2
sumber: wikibio

Nota itu menyatakan bahawa Kushal tidak mahu sesiapa dipersalahkan atas kematiannya. Selain itu, dia juga meninggalkan wasiat agar separuh hartanya diserahkan kepada anak lelakinya dan separuh lagi dibahagikan antara ibu bapa serta adik beradiknya.

Majlis pengebumiannya dilakukan pada Sabtu lepas di Mumbai dan ramai personaliti dari industri hiburan India sempat memberikan penghormatan terakhir mereka.

Kushal3

Kushal4
sumber: daily mail

Depression is no joke, kalau ada kawan or family members ada depression korang tolonglah dorang dapatkan bantuan pakar Smiley Frown

Baca: Lepas Sulli & Goo Hara, Bintang ‘Baru’ K-pop, Cha In Ha Pula Ditemui Mati

Kpop2