in

“Saya dah ready untuk dipecat” – Staff ‘Telco Hijau’ Pedajal Manager Guna Akaun Rasmi?

Larni2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak tahu lah kesahihan pasal cerita ni, tapi mungkin dah frust sangat dengan kerja sampai buat satu tindakan gila. Ada kemungkinan bengang dengan manager sampai ke tahap nak pedajal dia.


Misalnya macam cerita dekat satu company telco ni, sekarang tengah viral pasal ada seorang staff update tweet mengutuk manager dia menggunakan akaun rasmi syarikat. Woahh, dah lama nama terkenal.

 

Dah penat dengan pengurus yang tak ada ‘capable’. Saya dah ready nak kena pecat.

Siap boleh gesa orang screenshot lagi, bila admin semak tak ada pun, mungkin dah dibuang dengan cepat oleh pihak pengurusan atasan ataupun tweet ni tak wujud, hanyalah sekadar gambar suntingan.

Kejadian ini berlaku tadi (27 Mei 2019) sekitar 3.52 petang tadi, sudah semestinya ia viral dan meraih perhatian netizen. Bahkan, ada yang siap gali maklumat pasal tuan empunya badan yang update tweet ni tau.

 

Tuan empunya badan?

Larni

Aduhai, admin cuma bagi hint telco tu telco negara kita, dia ada warna putih dan hijau. Betul atau tak pasal hal ni? Jom lah kita tunggu respon daripada tuan empunya badan.

Korang rasa macam mana? Kalau korang frust dengan boss ada tak yang berani nak pedajal macam ni?

Netizen sekarang ni tengah riuh berbincang pasal hal ni.

Baca : Line Hampeh! Pengguna Fed Up Dengar Alasan Telco Ini!

Telco

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.