in

“Saya bukan rela” – Saksi Perjelas Dia Didesak Ebit Lew Untuk Tayang Gambar P*y*dara

Ft Ebit Lew Terlalu Minta Gambar

Saksi kes pendakwah bebas, Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret Tenom, Keningau, Sabah hari ini bahawa dia sama sekali tidak berkelakuan curang kepada suami biarpun sudah menghantar gambar payudaranya kepada pendakwah itu.

Pengadu yang juga merupakan saksi kesembilan menyatakan ketika sesi pemeriksaan balas peguam Ram Singh menegaskan bahawa Ebit Lew ‘terlalu meminta’ biarpun mengakui tindakannya menghantar gambar seperti itu kepada individu tidak dikenali dan tidak pernah ditemuinya menjadi suatu kesalahan kepada suaminya.

Artikel berkaitan : Saksi Kes Gangguan Seksual Dedah Ebit Lew Buat ‘Video Call’  Dalam Keadaan Tidak Berbaju

Artikel berkaitan : Kes Ebit Lew: Saksi Ke-9 Dedah Rasa Berdosa, Layan Pendakwah Belakang Suami

Bahkan, pengadu mengakui yang dia bersalah dengan dirinya kerana menunjukkan sesuatu yang peribadi kepada orang yang tidak diketahui.

“Tidak, sebab saya bukan rela.”

Dalam pada itu, pengadu menjelaskan bahawa suaminya begitu marah setelah dia menceritakan tindakannya itu.

“Saya beritahu suami saya bagi gambar itu, Ebit Lew terlalu meminta. Saya tidak sedar saya terikut arahan dia. Bila sedar dan marah Ebit Lew, saya bagitahu suami.”

“Suami memang marah, masa itu dia tunjuk marah kepada Ebit Lew tapi tidak tahu tunjuk cara bagaimana mahu jumpa Ebit Lew. Masa itu dia betul-betul marah.”

Screenshot 2024 08 26 173610

Pengadu memberitahu, suaminya menyuruh berhenti melayan pendakwah itu melalui WhatsApp, namun Ebit bertindak berhubung dengannya menerusi Instagram, sambil memarahinya agar tidak mengulangi perbuatan sama.

“Mahu jadi kawan boleh, kawan yang saya ada suami dan anak, tetapi dia tidak peduli semua itu dan tetap dengan teks lucah.”

Pengadu juga diminta menjelaskan tindakannya itu yang menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit, namun tidak berhenti berkomunikasi dengan pendakwah tersebut, adakah itu menunjukkan pengadu suka kepadanya, namun pengadu menafikannya.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berdepan 11 pertuduhan memuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber : FMT