in

Saksi Kes Gangguan Seksual Dedah Ebit Lew Buat ‘Video Call’ Dalam Keadaan Tidak Berbaju

Ebit Lew Video Call Tak Pakai Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam berlangsung perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.


Menerusi perbicaraan tersebut, saksi kesembilan pendakwaan iaitu seorang wanita berusia 40-an yang juga pengadu kes berkata, dia telah menerima panggilan video pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.

Lew 1 1716216736

Tambahnya, dalam panggilan selama 291 saat itu (4 minit 51 saat), dia dapat mengecam suara Ebit kerana pernah mendengarnya melalui media sosial, ceramah dan sesi siaran langsung yang dikendalikan pendakwah terbabit.

Saya ingat masa itu beliau (Ebit Lew) bertanya tentang saya dan keluarga…dia tanya berkenaan pekerjaan, apa masalah yang dihadapi sehingga berminat dengan program beliau dan saya pun masa itu beritahu tentang keluarga saya dan permasalahan saya,” katanya.

Artikel berkaitan: Kes Ebit Lew: Saksi Ke-9 Dedah Rasa Berdosa, Layan Pendakwah Belakang Suami

Artikel berkaitan: Pengadu Menangis, Dedah Ebit Lew Ajak Buat Hubungan Intim Tukar Pasangan

Ebit video call tak pakai baju 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria dalam pemeriksaan utama bertanyakan kepada saksi dengan merujuk dokumen daripada syarikat telekomunikasi Celcom iaitu maklumat pelanggan dan butiran panggilan sekiranya ada panggilan dibuat daripada nombor telefon Ebit Lew kepada saksi.

Saksi berkata, sebelum itu pada tarikh yang sama sekitar jam 2.28 pagi, Ebit buat pertama kalinya menghantar mesej kepadanya di WhatsApp selepas wanita itu memberikan nombor telefon di Instagram pada 3 Mac 2021.

1105Nstebit 1687360606

Sejak itu sehingga 29 Mac 2021, Ebit sering menghantar WhatsApp selain membuat panggilan telefon kepadanya dan semakin berani menulis perkara berkaitan seksual.

Pada 11.35 pagi, 22 Mac 2021, Ebit dikatakan memberitahu saksi bahawa dia sedang transit di Dubai dan mahu melakukan panggilan video kepadanya namun wanita itu bertindak mematikannya.

Dia terus buat panggilan video call, saya terus off. Dalam teks (Whatsapp) itu dia tanya kenapa off (telefon), ‘tak aci’.

“Seingat saya masa itulah dia (Ebit Lew) buat panggilan video call dalam keadaan tidak berbaju,” kata saksi.

Pada prosiding semalam, pendakwaan juga mengemukakan kepada mahkamah Digital Forensic Case Report oleh Cyber Security Malaysia yang mengandungi mesej perbualan antara saksi dan Ebit Lew.

Ebit Lew, 38, kini berdepan dengan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun.

Pendakwah ini didakwa mengikut Seksyan 509 Kanun Keseksaaan yang membawa kepada hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.