in

“Saya akan tikam dan tembak dia” -Lisa Blackpink Terima Mesej Ugutan Bunuh Dari ‘Stranger’?

Untitled Design 6 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je tak kenal dengan Lalisa Manoban dari kumpulan Blackpink yang lincah dengan tariannya dan sering mendapat perhatian.

Giphy

Lisa yang pernah dinobatkan sebagai ‘Asia’s Most Beautiful Woman‘ pada tahun 2019 ini dikatakan telah menerima mesej ugutan bunuh sehingga pihak Kedutaan Thailand di Seoul, Korea Selatan terpaksa menghubungi agensi pengurusan kumpulan Blackpink.


Menerusi Twitter Thai Embassy-Seoul, kedutaan negara itu memberitahu mereka banyak kali menerima emel dan mesej mengenai ugutan yang dihantar untuk Lisa.

Lisamanoban1

Sejak kebelakangan ni, kami menerima banyak mesej jenis ancaman dibuat secara online yang boleh membahayakan nyawa Lisa.”

Sementara itu Koreaboo turut melaporkan terdapat beberapa akaun di Instagram yang turut menyerang Lisa dengan pelbagai cara. Bukan saja ugutan di IG Story malah memuat naik gambar yang menakutkan.

Lisamanoban2

Lisamanoban3

Lisamanoban4

Pengguna akaun ini turut menjelaskan, walaupun akaun ini akan dipadam. Namun tiada apa yang dapat menghalangnya daripada menembak Lisa di konsert akan datang.

Lisamanoban5

Lisamanoban7

Difahamkan pengguna akaun ini bukan sahaja menyerang Lisa, malah dia turut menyerang personal akaun Yang Hyun Suk yang merupakan penerbit YG Entertainment.

Lisamanoban6

Susulan selepas kecoh perkara ini di media sosial, pengurus kumpulan Blackpink Jung Bi Kyung memuat naik gambarnya yang diambil oleh Lisa sendiri dengan menggunakan hashtag #weprotectyou.

Namun, akaun ini telah pun dipadam oleh pemiliknya sendiri.

Lisamanoban8

Agensi pengurusan YG Entertainment ada memberi kenyataan yang pihak mereka akan memantau situasi semasa bagi memastikan keselamatan semua artis di bawah label mereka.

Kita akan lakukan yang terbaik bagi melindungi keselamatan artis dan peminat. Kami juga sedang mengumpul data informasi yang diberikan oleh peminat dan akan mengambil tindakan tegas terhadap isu ancaman berkenaan.” – YG Entertainment

Pihak Kedutaan Thailand juga menyatakan mereka akan menawarkan bantuan menyiasat isu mengenai ugutan terhadap Lisa kerana dia merupakan warga Thailand yang bekerja di Korea Selatan.

Melampaulah main ugut-ugut!

 

Baca: “Gagal SPM bukan penghalang” –  Lelaki Ini Pernah Bekerjasama Jayakan Konsert Blackpink & K-Pop Star Lain Sebagai…

Annotation 2020 05 12 093229

Sumber: Twitter
Sumber: Koreaboo
Sumber: Koreaboo
Sumber: Koreaboo
Sumber: Koreaboo
Sumber: Koreaboo
Sumber: Koreaboo
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.