in

“Saya akan cepatkan proses menjadi ahli Parlimen”

Page Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Saya akan cepatkan proses menjadi ahli Parlimen"
Loading
/

Sejak sebelum pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi, ramai yang tertanya-tanya sama ada beliau akan masuk ke dalam dunia politik semula. Nampaknya kali ni, beliau sendiri akan menjawab persoalan orang ramai.


Menurut The Malaysian Insight, Anwar Ibrahim telah membuat keputusan untuk menjadi ahli Parlimen dan akan bertanding dalam pilihan raya kecil dalam tempoh beberapa bulan lagi untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Ai2
sumber: youtube

Melalui pertemuan dengan The Malaysian Insight, beliau juga berkata setelah dibebaskan dari penjara, beliau memilih untuk ‘mempercepatkan’ dirinya untuk kembali ke Parlimen.

“Saya akan cepatkan proses menjadi ahli Parlimen tetapi tidaklah segera.”

Apabila ditanya kerusi mana yang akan beliau tandingi, beliau berkata ia masih belum diputuskan lagi. Walau bagaimanapun, beliau mengesahkan tidak akan mengambil alih kerusi Pandan yang kini dipegang oleh isterinya, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Pandan ini ada masalah sikitlah. Kalau saya ambil kerusi Pandan, Azizah kena letak jawatan awal sebagai Timbalan Perdana Menteri, akan jadi satu kekosongan kepada kerusi yang mewakili PKR.”

Ai3
sumber: the australian

Beliau juga turut bergurau mengatakan ada yang menyuruh beliau untuk memilih Pekan yang pada masa ini dipegang oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak. Ujar beliau lagi, kepulangannya ke dalam politik sepenuh masa tidak akan berlaku serta merta kerana beliau perlu ke luar negara dahulu.

“Minggu depan saya akan ke London untuk bertemu (bekas naib presiden AS) Al Gore. Beberapa hari selepas raya, saya akan ke Turki memenuhi jemputan dari Presiden Erdogan. Selepas itu, jumpa dengan beberapa pemimpin dunia dan kawan-kawan saya.”

“Bila semua lawatan itu lengkap dalam beberapa bulan, maka saya akan tawarkan diri sebagai calon pilihan raya kecil.”

Wahh, nampaknya tak lama lagi kita boleh tengok Anwar Ibrahim kembali ke arena politik!

Baca: “Kerajaan bukan bawah telunjuk DAP”

Ai1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.