in

“Kerajaan bukan bawah telunjuk DAP”

Okayje

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gabungan Pakatan Harapan telah membina satu kerajaan baru yang terdiri daripada individu-individu pelbagai kaum dan agama. Ada pihak tidak senang dengan perkara ini dan mendakwa DAP mungkin akan menjadi dalang di sebalik pemerintahan baru tersebut.


Pun begitu, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menolak dakwaan berkenaan dengan menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) sangat menghormati institusi raja dan tidak berada di bawah telunjuk DAP seperti yang didakwa segelintir pihak, lapor Berita Harian.

“Saya menjelaskan dakwaan Kerajaan PH tidak menghormati institusi raja itu hanyalah satu tuduhan liar.”

Lim Kit Siang Mahathir 211117 Tmiseth 08 Full
sumber: dinmerican

“PH bukannya didalangi oleh DAP seperti yang didakwa dalam naratif Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.”

Ketika kempen PRU14 yang lalu, UMNO dikatakan telah menggunakan DAP untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu supaya tidak memilih PH dengan dakwaan bahawa pakatan yang diketuai Tun Mahathir itu sebenarnya ditunggang oleh Lim Kit Siang dan pemimpin DAP yang lain.

“Saya menjelaskan dasar kerajaan kepada baginda… jangan bimbang kerajaan ini bukan di bawah telunjuk DAP atau berusaha menghakis kuasa raja-raja.”

“Kedudukan raja berperlembagaan tidak akan kurang kuasanya, itu yang saya jelaskan.”

Johor
sumber: the malaysian insight

Sejak dibebaskan pada 16 Mei yang lalu, Anwar telah menghadap beberapa Raja Melayu dan kerabat diraja Johor, Pahang, Perak, Kelantan dan Selangor. Hanya berkunjung atas dasar jemputan istana, ada yang mencetuskan khabar angin kononnya Anwar sengaja mendekati istana dan membelakangi Tun M.

“Saya hendak tegaskan, tidak ada perbincangan sebegitu (untuk menggugat kedudukan Dr Mahathir) dengan raja-raja.”

“Isu kedudukan raja berperlembagaan, adakah ia hendak dihakis? Saya tegaskan semua parti dalam PH sepakat mempertahankan kedudukan raja berperlembagaan.”

Anwar
sumber: berita harian

Anwar juga menegaskan bahawa kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu akan kekal dan beliau akan membantu hal berkaitan ini dalam pentadbiran Tun M.

Setiap keputusan yang dibuat dalam pentadbiran memerlukan persetujuan semua pihak. Jadi isu siapa di bawah telunjuk siapa tak akan timbul dalam hal ni. Mari kita sama-sama elakkan sebar fitnah terutamanya di bulan mulia ni.

Baca: “Kerajaan PH macam tempe, pagi kacang, esok naik kulat”

Kulat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.