in

“Savage” – Wanita Nekad Sembelih Ayam Di Stesen Kereta Api Lepas Dilarang Bawa Ayam Hidup Masuk Dalam Train

Chicken Killer Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dahsyat betul orang-orang dekat China ni. Memang tak ada kesabaran langsung sampai ayam pun jadi mangsa dorang.


Menurut Shangaiist, baru-baru ni seorang wanita telah membawa satu ayam hidup di stesen metro di Chongqing, China. Bagaimana pun, dia telah ditahan oleh staf di sana kerana haiwan hidup dan haiwan belaan dilarang untuk di bawa masuk ke dalam kereta api.

Namun, selepas ditahan, wanita ini menemui yang ayam mati dikategorikan sebagai makanan dan boleh di bawa masuk ke dalam kereta api.

Tanpa buang masa, wanita ini sembelih ayam malang tersebut dekat atas tong sampah berhampiran. Tindakannya ini disedari oleh orang yang lalu lalang di situ lalu mengambil gambar dan video wanita ini.

Kalau korang nak tahu, tindakan wanita ini boleh dianggap considerate jugak sebab dia sembelih ayam ni dalam tong sampah. Kebanyakan orang lain, bila dapat tahu yang tak boleh bawa ayam atau itik hidup masuk train, dorang selambe je sembelih dekat atas lantai stesen. Memang takde adab.

Ada pulak satu kes ni, seorang lelaki dilarang masuk train sebab bawa satu beg ikan emas. Lepastu dia mengamuk, dia hempas ikan tu atas lantai dan chow. Kesian ikan tu…

Benda dah selalu jadi, takkanlah sampai sekarang dorang tak tahu peraturan ni. Saja je nak buat drama.

 

Baca: “Kesian lembu kaw…” – Pencuri Tak Ada Hati Perut Sembelih Lembu Tengah Bunting, Ambil Daging Tinggalkan Kantung Bayi

Screenshot 2019 07 11 At 11.57.29 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.