in

“Savage habis” – Selamba! Instafamous Putus Dengan Bf Guna Iklan Instagram Lepas Tahu Dia Curang

Lain orang lain cara dorang untuk handle emosi dan tindakan lepas dapat tahu pasangan dorang curang. Tapi bagi gadis ni, cara dia balas dendam lepas dapat tahu teman lelaki dia curang ni memang savage habis!

Seorang blogger makanan dan melancong dari Singapura, Hilary dapat tahu yang teman lelakinya curang. So, dia buat keputusan untuk dedahkan “kecurangan” ni dekat iklan Instagram Story.

Dalam iklan tersebut, Hilary letakkan gambar dia dan bekas teman lelakinya dengan ayat:

“Tak sudah-sudah menipu. Kau buat aku rasa tak pernah cukup. Tapi sebenarnya kau ada perempuan lain.”

“Walaupun masa akan sembuhkan luka, parutnya akan sentiasa ada. Dan aku mungkin akan maafkan tapi aku tak akan lupa. Selamat tinggal.”

Seorang netizen yang ternampak iklan dari akaun blog Hilary SGNomster, telah ambil screenshot dan muat naik di Facebook.

Tak tahu siapa perempuan ni tapi aku impress dia malukan teman lelaki curang dia dekat iklan Instagram.”

Menurut Coconuts, Hilary juga ada ceritakan di IG Story bila dia mula-mula syak yang bekas teman lelaki dia ni curang.

“Desember – Kau banyak mesej dengan orang. Tapi siapa. Aku tak sempat nak dapat tahu nama sebab kau cuba sorokkan.

“Januari – Kau cuba nak sorokkan gambar dari luar negara tapi gambar tu walaupun tak ada dekat fb kau tapi ada dekat fb dia. Dan gambar tu diambil 4 bulan lepas. Aku rasa nak pengsan. Kau cakap kau busy?”

Beberapa netizen yang melihat posting ini telah menyokong tindakan wanita ini dan ada juga yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa wanita ini.

Ha, savage gila kan? Jangan lepas ni tetiba banyak pulak orang iklan bf curang lepas ni.

 

Baca: “Dulu sebelum kau sunat kau setia dengan aku” – Netizen Berdekah Tengok Budak Kecik ‘Meroyan’ Putus Cinta Sebab Curang

Sumber: Facebook