in

Satu Lagi Kluster Muncul! Kali Ini ‘Kluster DTI Semenyih’

Gambar Hiasan 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Corak kes wabak Covid-19 di negara kita agak tidak menentu dan hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kluster baharu iaitu Kluster Depoh Tahanan (DTI) Imigresen Semenyih 2.

Menurut KKM, kes indeks kluster ini merupakan seorang tahanan yang bakal dihantar balik ke negara asal nya


Kes kedua dan ketiga kluster iaitu kes ke-9382 dan kes ke-9384 merupakan pegawai imigresen di DTI tersebut yang telah mengiringi kes indeks ke Klinik Kesihatan bagi saringan Covid-19. Aduh, tak pasal-pasal berjangkit…

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157345658806237?__xts__[0]=68.ARCrO7UY_s0wuI-LHYJfOIS957uc9HG3E03egQm0wBJRhLzhH2UToJWk0XCbkuR9QmpgV7EFyGEPKz6aJUT4Nbn3IVF9HxC9O8lf6mc_andNNTE8i2huZwrD8X4-hI813VDkc__lI7nnockAMdryGqVhmuw0ISaNekSCiH-IJeDdFvv1gdyhqsa8n6og5YzY5nHbqyNxMDnlKpBiVHZLZx2_5ixvtCsulHZzjYfdIFs3xRTxcuEUWsbuSkCdyY2FD0rtC09apHQRn5plmBZcl2My2NzAKXXNtypV9IExw9oHaAwAKBSqonBkZx3VvGRhFAFEXbJ5vNtJg_th

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157345748781237

 

Pun begitu, punca jangkitan masih dalam siasatan dan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah-kuman telah dijalankan di DTI Semenyih.

KKM turut menyeru agar anggota-anggota barisan hadapan dari pelbagai agensi yang menguruskan kes-kes perihal Covid-19 ini supaya mengambil langkah-langkah pencegahan pada setiap masa sepanjang pengurusan kes-kes ini.

Ini termasuk pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) dengan betul serta bersesuaian, penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan amalan membersihkan tangan secara optimum.

 

Baca: “Kes mungkin meningkat tak lama lagi”  KKM Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Peningkatan Kes Covid-19

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.