in

“Kes mungkin meningkat tak lama lagi” – KKM Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Peningkatan Kes Covid-19

Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kes Covid-19 dalam negara tak seteruk seperti beberapa bulan lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih bertungkus-lumus dan sudah pun membuat persediaan untuk empat bulan akan datang bagi menghadapi kemungkinan peningkatan jangkitan virus ini.


Menurut FMT, TS Dr Noor Hisham mengatakan walaupun kadar jangkitan dalam negara masih di bawah kawalan, negara-negara lain seperti India, Korea, Jepun, Sepanyol dan Perancis menunjukkan peningkatan kes semasa cuaca sejuk. Jadi, ia perlu diambil kira.

Kami bimbang akan ada peningkatan kes semasa tempoh ini (musim sejuk), jadi kami perlu buat persiapan.”

Bukan tu je, mutasi baru virus Covid-19 ini juga ditemui lebih senang berjangkit. Sebab tu, Dr Noor Hisham mengingatkan agar rakyat tetap terus berwaspada dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan.

Fw1077680 Ptj41 310818 Merdeka Bn202008308762 Lpr

Tambah lagi, sehingga sekarang masih tak ada lagi bukti yang vaksin untuk penularan ini dah ada jadi KKM perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Orang ramai perlu ikut SOP sementara kami perlu membuat persediaan dari segi makmal, klinik dan hospital sekiranya ada peningkatan kes, kami boleh kawal keadaan.”

Katanya lagi, walaupun Malaysia mampu mengawal pandemik melalui pengesanan awal kluster, kerjasama dari orang ramai tetap diperlukan.

Kami masih perlukan kerjasama yang kuat dari orang ramai untuk mematahkan rantaian jangkitan Covid-19.”

 

Baca: “Sebagai pakar bedah saya mungkin selamatkan 1 nyawa tapi dalam pentadbiran kita boleh selamatkan satu negara.” -TS Dr Noor Hisham

Screenshot 2020 08 31 At 2.38.53 Pm

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.