“Sapa suruh tengok cerita seram” – Lelaki Ini Kena Kacau Masa Solat Lepas Tengok Filem Makmum, Rupa-rupanya…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa kat sini peminat cerita seram? korang yang minta cerita seram tu pernah ke terkenang-kenang dan terasa macam hantu yang dalam movie tu follow korang balik atau korang rasa cuak tak tentu pasal. Lagi-lagi kalau rumah tu korang duduk sorang-sorang. Lagi macam-macam korang fikir.

Ni ada satu video oleh @arisyahgrande yang dikongsi di akaun Twitter miliknya. Dia kacau abang dia yang tengah solat sampai hampir nak bersilat mamat tu. Cuba korang tengok sendiri video kat bawah ni.

Terus batal solat

Memang cuak lah kalau tiba-tiba dengar suara orang ikut dekat belakang. Lagi-lagi kita tahu yang kita tengah solat sorang-sorang. Hilang kusyuk weh.

Itulah penangan cerita seram yang betul-betul seram. Terfikir bukan-bukan walaupun tengah solat. Tapi biasalah gurau kasar adik beradik ni level dia lain macam. 

Aduh jangan lah macam ni. Admin dah lah bilik sorang-sorang. Solat pun tepi katil gak. Jenuh lah nak kusyuk nanti, mesti fikir macam-macam. Tak cool weh

Ni yang admin kata dah macam nak bersilat dah. Buka kuda-kuda macam nak lari seribu langkah dah tu. Tak pun macam dah standby nak buat capoiera. Sekali dia terajang ‘hantu’ tu terus tak jadi kacau.

Amiin. Itulah yang kita patut berdoa. Banyak betul dugaan nak solat ni. Kadang-kadang tu teringat cerita lama pun boleh tersenyum sorang-sorang. Padahal tengah solat tu. Kacau sungguh!

 

Baca: “Takpasal hantu kena tuduh” – Lelaki Ini Kongsi Punca Sebenar Berlakunya ‘Gigitan Hantu’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.