“Tak pasal hantu kena tuduh” – Lelaki Ini Kongsi Punca Sebenar Berlakunya ‘Gigitan Hantu’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah tak korang kena kacau time tidur? Bukan dengan manusia tapi dengan makhluk halus. Ada yang kena tindih, ada juga yang kena ‘gigit’ dengan hantu. Betul ke hantu gigit manusia?

Persoalan mengenai kena ‘gigit hantu’ ni telah dirungkaikan oleh seorang lelaki ni akaun Twitter miliknya. Cuba korang tengok tweet dekat bawah ni.

 

Kesian kena tuduh

Sebenarnya bukan hantu atau jin punya salah. Semua ni ada penjelasan dari sudut saintifik. Lebih tepat lagi dari sudut perubatan.

Rupanya sebab darah yang keluar dari pembuluh darah. Korang jangan ingat korang hot stuff sangat sampai hantu atau jin nak kokak korang tengah malam.

Jangan stress sangat ye. Nanti ‘hantu gigit’. Tak perlu korang nak sapu minyak ke apa-apa dekat tempat yang kena tu. Nanti dia akan sembuh sendiri.

Uish bahaya tu. Kalau denggi berdarah tu bahaya. Jangan pandai-pandai nak buat rawatan sendiri. Pegi jumpa doktor terus.

Janganlah main tuduh-tuduh jin ke hantu ke yang gigit korang. Dorang pun ada benda lain nak buat selain kokak korang tengah malam. Kurangkan stress, tidurlah dengan nyenyak.

 

Baca:”Setiap kali tidur ada benda perhati”- Netizen Sakit Hari Dengan Cerita Teddy Bear Berhantu Ni Sebab…

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.