Inilah baru dikatakan cinta benar cinta! Seorang lelaki dari China telah dirakam mengendong isterinya yang alami penyakit motor neuron di belakang tubuh, ketika sedang mendaki ke Huangshan, sebuah gunung terkenal kat China, lapor WORLD OF BUZZ.
Video yang dimuat naik di laman Pear Video pada 23 Julai lepas menunjukkan Wang Xiaomin, 57 tengah turun tangga dari puncak Huangshan ketika membawa isterinya yang digalas kat belakang badan guna harness.
“Dunia ini sangat luas dan saya nak bawa dia lihat dunia supaya dia takkan tinggalkannya dalam keadaan menyesal,” kata Wang. Alahai sweetnya suami dia!
Gunung Huangshan yang dikenali sebagai antara 10 gunung terkenal dunia ialah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang mana telah menjadi sumber inspirasi seni dan sastera oleh kerana keindahan pemandangannya.
Kata Wang, isterinya yang tak dinyatakan nama tu telah dikesan mengalami penyakit motor neuron sejak 5 tahun lepas lagi. Lebih menyedihkan, pasangan ni takde anak dan sebab tu lah Wang suka bawa isterinya berjalan-jalan dalam negeri.
Tambahnya lagi, memang tipis peluang untuk isterinya pulih daripada penyakit ni. Oleh sebab tu lah dia buat keputusan untuk kendong suri hatinya ni pergi melihat dunia. #RelationshipGoals sangat!
Saya nak beri dia kehidupan yang lebih bermakna,” ujar Wang.
Sebelum ni mereka berdua pernah melawat ke tempat seperti Potala Palace di Lhasa dan Hohxil di daerah Tibet. Setakat ni, dorang masih tak decide nak bercuti ke mana lepas ni tapi Wang berjanji akan kendong isterinya ke mana-mana jua pasangan ni pergi di dunia.
Kencing manis admin baca kisah dorang ni. Semoga terus bahagia!
Baca: Lelaki Putus Dengan Kekasih Kerana Bimbang Jadi Kudung Lepas Kemalangan, Namun Tanpa Disangka…