in

[VIDEO] Dulu Naik Motor, Wanita Bersyukur Akhirnya Dapat Beli Kancil Guna Duit KWSP

Kereta Baru Guna Wang Kwsp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang memohon pengeluaran khas RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kebanyakan daripada mereka sudah pastinya telah mendapat wang berkenaan.


Wang yang diperolehi daripada KWSP ini boleh dianggap sebagai satu sinar baru bagi mereka yang amat-amat memerlukannya termasuklah seperti perkongsian seorang wanita di TikTok ini.

 

“Dapat duit KWSP terus beli kereta” 

Menerusi perkongsian @hello_eyka di TikTok, dia berkongsi kegembiraannya dalam membeli sebuah kereta kancil merah dengan menggunakan wang KWSP yang diterima.

@atikah_la_la_la

rezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta?

♬ Tetap Disini – Maulana Ardiansyah

Menurut pemilik TikTok ini, sebelum ini mereka sekeluarga menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama untuk ke mana-mana.

Malah ceritanya lagi, mereka terpaksa membawa anak yang masih kecil dengan menaiki motor dalam panas dan jika anak mahukan susu, mereka terpaksa berhenti tepi jalan untuk membuatnya. Alahai kesiannya… 

Eyka Kereta

Eyka juga telah berkongsi satu lagi video memaparkan anak-anaknya sangat teruja menaiki kereta baru untuk ke sekolah. Sebak pulak min bila tengok. 

@atikah_la_la_la

harini bermula lah hantar anak kesekolah naik kereta tgk muka anak sulung tu happy je.?

♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

 

“Bila baca komen baru tahu ramai yang masih tak ada kereta” 

Video tersebut telah menyentuh perasaan netizen yang mana rata-rata netizen sangat terharu melihat kegembiraan di wajah anak wanita itu.

Dalam pada itu, ramai juga yang berkongsi kisah masing-masing mengenai pengalaman mereka tidak mempunyai kereta dan bermula dengan membawa kereta kancil. Kereta legend ni! 

Komen Kereta Kancil

Dapatlah beraya dengan kereta baru kan tahun ni? Syukur… 

Baca: Tular Gambar Wanita Pegang Duit RM10K, Anak Perjelas Sebab Beri Duit KWSP Pada Emak

Kwsp 1 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.