in

“Sampainya hati!” – Budak Lelaki 5 Tahun Dikurung Dalam Sangkar Kucing Sebelum Kena Simbah Air Panas

Feature Image Budak

Sudah menjadi lumrah dimana ibu bapa menyayangi anak-anak mereka. Beri kasih sayang, kelengkapan, dan pendidikan kepada anak-anak.

Tapi kisah yang berlaku ni lain pula jadinya. 

Sepasang suami isteri telah dihadapkan ke mahkamah di atas tuduhan menyebabkan kematian anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun.

Kanak-kanak malang itu dikatakan dikurung dalam sangkar kucing sebelum disimbah menggunakan air panas hanya disebabkan dia tidak mahu mandi.

Kejadian ini berlaku di dalam rumah mereka di Singapura pada 3 tahun yang lalu.

Menurut Daily Mail, Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya 27 tahun, sering memukul mangsa termasuk menggunakan penyapu, malah kanak-kanak itu juga tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat didera.

Hampir 100 darjah celcius

Kata pendakwa raya, kematian kanak-kanak ini adalah disebabkan oleh disimbah menggunakan air panas yang mencecah hampir 92 darjah celcius pada bahagian belakang badan.

Forensik juga mengesahkan luka yang terdapat pada tubuh mangsa adalah disebabkan mangsa yang telah dikurung dalam sangkar kucing tersebut.

Tambahnya lagi di tubuh kanak-kanak malang itu terdapat kesan lebam. Dia juga didapati patah hidung serta koyak di bahagian bibir dan juga gusi.

Selain itu, tahap melecur yang dialami oleh kanak-kanak malang ini dilaporkan hampir mencecah tahap 3 dan ia meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang, dehydrated, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.

Pendakwa raya mendakwa pada sebelum ini Azlin telah memukul kanak-kanak itu di bahagian perut sehingga meninggalkan kesan hanya kerana dia mengetuk tin biskut.

Selain itu bapanya pernah menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa kerana ‘mencuri’ susu tepung untuk dimakan.

Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.

Hmm, min tak faham lah macam mana diaorang boleh tergamak buat macam tu dekat anak sendiri.

 

Baca: “Amboi, seronoknya kau tampar bayi tu” – Viral Video Pengasuh Di Dakwa Dera Bayi

Feature Image Bayi