“Amboi, seronoknya kau tampar bayi tu” – Viral Video Pengasuh Di Dakwa Dera Bayi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau sebelum ni dah banyak cerita pasal pengasuh yang mendera bayi atau kanak-kanak yang dijaganya. Ada ibu bapa sampai rasa trauma nak hantar anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh.

Baru-baru ni tular di laman Twitter mengenai video pendek yang menunjukkan seorang bayi sedang dipukul dan ditepuk oleh seorang wanita dipercayai pengasuh.

Menurut @Alainaib, video ini sudah lama di rakam untuk di jadikan bahan bukti, namun individu yang merakam kejadian itu takut dengan pengasuh tersebut bagi membuat tindakan selajutnya.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Pulau Pinang.

Tambahnya lagi, pengasuh yang menjaga bayi itu merupakan seorang yang waras dan tidak mempunyai sebarang rekod sakit mental.

Dalam video tu juga kelihatan bayi tersebut tidak banyak ragam. Tapi wanita tersebut tetap memukulnya.

Ramai netizen yang berasa marah dengan kelakuan pengasuh tersebut dan berharap perbuatannya itu di ambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Amboi sedapnya pelakong kepala anak orang!!”

Sumber: Twitter

 

Sumber: Twitter

Admin lemah betul la bila tengok ada orang yang dera bayi ni. Budak tu tak tahu apa-apa pun. Kalau panas baran jangan lah jadi pengasuh.

 

Baca: “Macam mana boleh tak perasan?” – Wanita Mengadu Sakit, Rupanya Ada Bayi Dah 15 Tahun ‘Terperangkap’ Dalam Perut

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Naqiuddin

Hey whatsapp gais. Layan anime tak?