in

“Sampai sini saja untuk saya cari chemistry Fizo & sekeluarga” – Mawar Sangkal Dakwaan Orang Ketiga Punca Cerai

Mawarfizo5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermacam-macam spekulasi timbul berkenaan dengan keretakan rumah tangga antara pasangan usahawan Fizo Omar & Mawar Karim ni.


Rumahtangga yang dibina sejak tahun 2013 akhirnya menemui titik noktah pada 10 Julai 2019, jam 10.55 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi.

Ketika ditemubual, Mawar Karim kelihatan tenang dan redha dengan apa yang berlaku.

 

Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga” – Mawar

Fizo, Mawar Sah Cerai Talak Satu

#MHnews Berpisah jua akhirnya…

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, July 9, 2019

Menerusi Facebook rasmi Media Hiburan, menjelaskan punca penceraiannya bukanlah disebabkan sikap ego masing-masing. Malah dia juga sangkal dakwaan yang digembar gemburkan sebelum ini iaitu pasal harta dan sama sekali bukan sebab orang ketiga.

“Saya harap pengorbanan ini adalah pengorbanan yang paling besar untuk hidup saya buat fizo sekeluarga”

“Bukan sebab ego, bukan kerana harta, saya redha saya pasrah apa yang terjadi ni memang untuk masa depan saya”

Tambahan lagi, Mawar enggan mengulas isu jika mereka berdua akan kembali bersama semula.

“Saya tak boleh nak komen banyak-banyak, banyak pihak saya perlu jaga hati sebab saya takut apa yang saya cakap mungkin disalah tafsir oleh orang luar.”

Disamping itu  Mawar menegaskan bahawa, selama tempoh hampir 6 tahun mereka berkahwin, dia sudah berusaha sedaya upaya untuk mencari keserasian Fizo sekeluarga.

 

Saya dan fizo cuba tapi saya redha, saya pasrah mungkin sampai sini saja untuk saya cari chemistry fizo dan sekeluarga.”

Mawar

Dalam masa yang sama, Mawar juga menjelaskan bahawa hubungan dia dengan Fizo baik-baik sahaja dan Mawar akan menjaga hubungan baik Fizo dan anak mereka Mariam.

“Penjagaan anak hak dapat kat saya, saya tak akan putus kan hubungan bapak dengan anak (suara crack nak nangis) sebab mariam masih kecil perlukan kasih sayang seorang bapa minta doa yang baik-baik sahaja lah.”

Pun begitu, ketika ditanya mengenai punca penceraian mereka, Mawar cuba nafikan tetapi memberi penekanan kepada Fizo sekeluarga.

“Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga, bukan saya cuba tak selamatkan. Saya akan berkawan baik dengan Fizo untuk mariam”

“Fizo seorang yang baik seorang yang bertanggungjawab, anak yang baik, abah yang baik. adik yang baik terhadap keluarga dia”

Bagi Fizo pula, dia akui hubungannya dengan Mawar akan lebih rapat sebagai kawan baik untuk membesarkan dan mendidik anaknya yang masih kecil.

 

Hubungan saya dan Mawar akan lebih baik dan lebih rapat – Fizo Omar

Fizo2

Tambah Fizo lagi, dia menegaskan tiada sebarang perbalahan antaranya dengan Mawar. Bahkan, dia terima dengan hati terbuka jika masih ada peluang untuk bersama kembali.

“Jangan risau insyaallah saya, Mawar dan keluarga baik-baik sahaja dan saya percaya hubungan saya dan mawar akan lebih baik dan lebih rapat dengan keluarga mawar untuk kita sama-sama membesarkan Mariam.”

Fizo juga bersikap terbuka terhadap hak penjagaan Mariam kepada Mawar dan berkata tidak akan memisahkan mereka.

 

Baca : [TERKINI] Fizo Omar Ceraikan Mawar Talak Satu Pagi Tadi

Mawarfizo4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.