in

[TERKINI] Fizo Omar Ceraikan Mawar Talak Satu Pagi Tadi

Mawarfizo4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah hampir 7 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan usahawan terkenal Fizo Omar akhirnya bercerai talak satu.


Menurut Mstar Online, lafaz cerai talak satu itu dilakukan dihadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hasan. pada jam 10.55 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bangi.

 

Mungkin ini ujian berat untuk saya dan Fizo hadapi – Mawar

Sebelum ini Mawar ada meluahkan tentang perkahwinan mereka sedang diuji di Instagram.

View this post on Instagram

Pertama kali sy ingin meminta maaf jika penulisan sy ada mana2 pihak terguris hati. Sebelum ini sy tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk sy meluah kan perasaan,mencerita terutama kisah peribadi sy. Banyak pihak sy perlu jaga juga berhati2.Sebelum ini sy hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk sy cerita. . Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah ,sudah tentu sy perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya .kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna. . Di sini bg sy sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada’PIHAK LAIN’atau ‘Org terdekat’ campur tangan perhubungan akan menjadi lain. Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar. Hanya ‘Saya & Fizo’saja tahu,rasa apa yg kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa2 spekulasi mengenai rumah tangga kami.? Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah,didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita. Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. . Benar,kita mengimpikan kebahagian,mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘’TANPA CAMPUR TANGAN ORG LAIN’dalam perkahwinan,impikan kebahagia dunia akhirat serta mendapat barokah. Semua pasangan sebaiknya nk pertahankan perkahwinan masing2. Mungkin ini ujian berat untuk Sy dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan,Jodoh,ajal,maut semua di tangan Tuhan. Semoga Allah memberi kami jalan yg terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yg mendoakan yg terbaik buat sy,fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalian

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on

 

Sambut Aidilfitri berasingan?

Bercerai

Pada 5 Julai lalu, Mawar memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor).

Menerusi sumber, Fizo sendiri terkejut bila dapat tahu isterinya dah dapatkan nasihat peguam mengenai keretakan rumah tangga mereka.

Dikatakan, rumah tangga mereka menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo tak menyambut Aidilfitri dengan Mawar dan anaknya.

Pasangan yang mula mendirikan rumah tangga pada  November 2013 ini dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berudia 2 tahun.

Baca : “Calit-calit terus mengandung??” – Fizo dan Mawar Difitnah Menggunakan Produk Berbahaya Untuk Ikhtiar Hamil

Mawarfizo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.