in

“Kambing ganti maskot” – Lihat Video Rare Perbarisan Hari Sukan Sekolah Ni Siap Bawa Kambing Berkawad!

Bawa Kambing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin masih ingat lagi masa zaman sekolah dulu, Hari Sukan ialah antara hari yang paling dinanti-nantikan pelajar. Selain terlibat dalam acara olahraga, Hari Sukan jugak ada perbarisan daripada unit beruniform dan rumah sukan yang kreatif.



Macam-macam perkara ahli rumah sukan yang terlibat perbarisan ni buat demi nak menang acara tersebut. Antaranya macam rumah sukan hijau kat satu sekolah ni yang siap bawa kambing berkawad. Tak caye? Haa korang tengoklah sendiri kat bawah! 

 

“Rare tak rare, perbarisan Hari Sukan sekolah aku bawak kambing” 

Menerusi perkongsian seorang pelajar sekolah tersebut di Twitter, seekor kambing dilihat terlibat dalam acara berkawad bagi rumah sukan hijau. Amboi bergayanya siap pakai baju lagi kambing tu! 

Kambing 1

D1Cc6Nnvaaai0As

D1Cc6Nnu0Aawiom
sumber: twitter

 

“Ya Allah comelnya kambing tu” 

Rata-rata netizen yang melihat posting Twitter ni memang tersengih sendiri lah bila tengok gelagat seekor kambing di atas padang sekolah. Berlari tak tentu arah tapi nasib baik talinya dipegang seorang pelajar lain.

https://twitter.com/irdinafarehah/status/1103660365752152070

D1Dzr5Fuyaiwl4C
sumber: twitter
Cums
sumber: twitter

 

“Kambing = Maskot” 

Ada jugak di kalangan netizen yang tanya kenapa pelajar sekolah tu bawa kambing ke perbarisan rumah sukan, jawabnya mudah je. Untuk ganti maskot. Jimat sikit kos kan? Ahaha! 

Pinter
sumber: twitter

Sekolah korang ada bawa kambing tak? Haa apa kata kali ni korang bawak kerbau ke, kucing ke, monyet ke pulak jadi maskot… Baru onz! Min suggest je tau.. 

Baca: “Kahwin sekali je jangan merepek” – Pengantin Nak Nampak Rare Guna Brokoli Sebagai Hand Flower, Tapi Tup-tup Kena Kecam Pulak

Flower

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.