in

“Sambutan kurang menggalakkan” – ‘Scalper’ China Pasrah Terpaksa Jual Stok iPhone 14 Lebih Murah Dari Harga Asal

Scalper Iphone 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suka atau tidak, scalper ni dah jadi macam perkara biasa dan memang tak banyak yang boleh dilakukan untuk menghentikan mereka ni.


Buat korang yang tak tahu, scalper ni merujuk kepada individu yang menjual semula barangan seperti pakaian mahupun tiket dengan harga yang lebih mahal untuk mendapat untung cepat.

Iphone14 E1664600258855

Pelancaran telefon pintar jenama Apple yang terbaharu, iPhone 14 juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran golongan scalper ini. Dengan niat mahu mendapatkan untung segera, golongan scalper iPhone 14 di China ini pula bagaimanapun berputih mata kerana terpaksa menjual telefon pintar yang baru dilancarkan ini dengan harga jauh lebih murah daripada di pasaran gara-gara permintaannya rendah.

Lapor Oddity Central, beberapa orang individu dipercayai scalper dilihat duduk di bahu-bahu jalan di China bersama beberapa kotak iPhone 14 yang masih baru. Media tempatan melaporkan, demi mengurangkan kos rugi, scalper-scalper ini terpaksa menjual iPhone 14 yang dibeli mereka dengan harga yang jauh lebih murah daripada di pasaran.

Iphone14 Scalpers 724X1200 1 E1664600305125

Difahamkan, ada yang terpaksa menjual stok iPhone14 mereka dengan harga hampir RM700 lebih murah dari harga pasaran.

Kalau korang nak tahu, scalper ini dilaporkan boleh mengaut keuntungan lebih RM3,000 hingga RM4,000 bagi setiap unit iPhone 14 yang boleh dijual mereka. Pun begitu, gara-gara iPhone 14 tidak mendapat sambutan begitu menggalakkan di negara itu, scalper berkenaan akur terpaksa menjual semula stok mereka dengan harga rugi.

Sumber: Oddity Central

Baca: Apple Dijangka Jual iPhone 14 Dengan Harga ‘Keras’, Kos Pembuatan Makin Mahal

Cover 6 E1664599152636

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.