“Sama-sama pernah dipenjara” – Kapsyen Ahmad Dhani Bersama PMX Jadi Tumpuan Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
“Sama-sama pernah dipenjara” – Kapsyen Ahmad Dhani Bersama PMX Jadi Tumpuan Netizen

Temu Anwar, sebuah program dialog anak muda bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung buat julung kali di luar negara dalam rangka lawatan PMX ke Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang sedang berlangsung dari 5 hingga 7 September nanti.

Menurut laporan, program tersebut mendapat sambutan ratusan hadirin khususnya anak muda, mahasiswa dan juga selebriti-selebriti tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk menanyakan pelbagai soalan kepada PMX.


Artikel berkaitan : Guru Sebak Bila PMX Tunaikan Hasrat Tubuhkan Sekolah Pendidikan Khas Di Johor Bahru

Program yang berlangsung di Hotel Redtop & Convention, Jakarta itu dikendalikan oleh penyanyi Dewa 19, Ahmad Dhani bersama Raffi Ahmad dan isterinya Nagita Slavina.

375922529 881043666710535 5576363775134079697 NSumber: Facebook

Tidak mahu melepaskan peluang, Ahmad Dhani juga sempat memuat naik foto di Instagramnya bersama DSAI dan ia menjadi bualan pengikut vokalis Dewa 19 berkenaan gara-gara kapsyen yang digunakan.

“Sama-sama pernah dipenjara” 

Walaupun ringkas kapsyen yang digunakan, namun ia memberikan maksud yang mendalam kerana Ahmad Dhani juga sebelum ini pernah dipenjarakan selama 18 bulan gara-gara mengeluarkan kenyataan dan dituduh sengaja menyebarkan kebencian di media sosialnya yang ketika itu ditujukan kepada salah seorang pemimpin politik di republik berkenaan iaitu Ahok.

Menerusi ruangan komen, ramai juga yang tidak menyangka kapsyen tersebut yang akan digunakan vokalis kumpulan Dewa 19  berkenaan dan tidak kurang juga ada yang menyamakan kisah Ahmad Dhani dan juga DSAI yang mengatakan kedua-dua individu tersebut telah dipenjarakan kerana politik.

Anwar Ibrahim Temu Anwar JakartaSumber: Instagram

Dalam pada itu, ada juga beberapa komen yang mengatakan mereka ini adalah ‘pejuang’ dalam bidang masing-masing dan kedua-duanya masih meneruskan perjuangan serta mendapat sokongan isteri yang tidak berbelah bahagi.

Sumber : Instagram | Ahmad Dhani

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Sama-sama pernah dipenjara” – Kapsyen Ahmad Dhani Bersama PMX Jadi Tumpuan Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sama-sama-pernah-dipenjara-kapsyen-ahmad-dhani-bersama-pmx-jadi-tumpuan-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM