“Sama macam kes dulu?” – Rusuhan Geng Parang Di Kuil Kuala Selangor, Dua Cedera Termasuk Pegawai Polis

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sepatutnya tempat beribadah ni jadi tempat untuk berkumpul bersama saudara seagama, tapi yang ini lain pula jadinya.

Dua orang, termasuk seorang pegawai polis cedera dalam rusuhan yang berlaku semasa upacara keagamaan sedang berlangsung di kuil Sungai Darah, Kuala Selangor malam semalam.

Menurut NST, rusuhan ini berlaku disebabkan perbalahan di antara dua kumpulan berparang semasa perarakan di Kuil Kaliamma Bestari Jaya.

Sumber: Sinar Harian

Dikatakan, anggota polis yang berusia 34 tahun ini cuba untuk menenangkan pergaduhan yang sedang berlangsung ini hingga menyebabkan dia cedera di belakang badan dan tangan kiri, sementara seorang orang awam cedera parah di tapak tangan kiri selepas diserang oleh perusuh.

Tak lama kemudian, pihak polis berjaya mengawal keadaan dan menangkap 28 orang perusuh yang kini sedang ditahan di bawah pengawasan Unit Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme.

Ketua Siasatan Jenayah, Penolong Senior Pesuruhjaya Fadzil Ahmat berkata, hasil dari tangkapan ini, lima senjata tajam telah dirampas.

“Insiden ini dipercayai berlaku angkara rasa tak puas hati dengan cara khemah didirikan di kuil tersebut dan beberapa khemah telah terkeluar di hadapan beberapa geng.

“Pihak polis yang bertugas di sana cuba untuk tenangkan keadaan tapi sebaliknya mereka diserang.

“Anggota polis yang cedera telah mengalami beberapa kecederaan dan menerima enam jahitan manakala seorang orang awam sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.”

Pihak polis kini sedang memburu beberapa suspek lain yang turut terlibat dalam rusuhan ini dan akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 148/326 akta mempunyai senjata di dalam rusuhan dan menggunakan senjata berbahaya secara sengaja dengan niat untuk mencederakan.

Apa-apa pun harapnya orang-orang yang mencederakan pegawai polis dan orang awam ini mendapat balasan yang setimpal.

 

Baca: “Menteri & Exco Perpecahan” – Netizen Bengang, Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Atas Kematian Adib

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson